Gadis ada simptom Covid-19 lari hospital bukan pramugari, tunjuk tanda sakit mental

Doktor di Hospital Taiping mengesahkan selain Covid-19, suspek turut menunjukkan simptom sakit mental.

'PRAMUGARI' yang melarikan diri dari Hospital Parit Buntar, Perak malam Isnin lalu sewaktu ujian saringan kesihatan Covid- 19 lalu rupa-rupanya turut menunjukkan simptom masalah mental.

Perkara itu disahkan doktor di Hospital Taiping yang merawat gadis berusia 21 tahun itu ketika ini.

Malah gadis itu bukanlah seorang pramugari di syarikat penerbangan di Singapura seperti dalam laporan polis yang tular di media sosial sejak Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pramugari lari' sudah kembali ke hospital, mengaku timbul salah faham - "Saya dah tak tahan duduk situ..." 

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Polis sahkan terima laporan kes pramugari lari dari hospital

Gadis tersebut sebenarnya hanya pernah mengikuti kursus pramugari selama sebulan di Kolej Edufly dekat Sungai Besi, Selangor pada November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata perkara itu disahkan sendiri oleh bapa gadis itu, Abdul Malek Ahmad sewaktu siasatan dijalankan pihak polis pada Selasa.

“Selain mempunyai simptom Covid-19, suspek turut dikesan mempunyai tanda-tanda kurang waras dan kini dalam tindakan lanjut pihak Hospital Taiping.

“Suspek bukanlah pramugari sebenar sebaliknya tidak berkerja dan perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya sewaktu siasatan dijalankan pihak polis semalam.

Laporan polis yang tular di media sosial.

“Selain itu juga suspek yang pernah memaklumkan kepada bapanya sebelum ini bahawa dia bekerja di sebuah kedai telefon di Sungai Dua, Pulau Pinang sebagai alasan untuk keluar dari rumah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Rabu.

Menurut Omar Bakhtiar lagi, soal siasat terhadap terhadap rakan lelaki yang dikatakan ‘abang’ suspek sebenarnya bukanlah abang kandung sebenar sebaliknya baru berkenalan selama seminggu.

“Pihak polis turut menasihatkan rakan lelaki suspek supaya membuat pemeriksaan ujian saringan kesihatan dan hasil pemeriksaan di Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang, semalam mendapati lelaki itu negatif Covid-19.

Gadis ini bukanlah seorang pramugari di syarikat penerbangan di Singapura seperti dalam laporan polis yang tular di media sosial sejak Selasa.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Beliau berkata suspek bersama rakan lelakinya berusia 26 tahun itu telah menyerah diri di pekarangan Hospital Parit Buntar kira-kira pukul 3.45 petang Selasa sebelum diserahkan ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, gadis dikenali sebagai Yana itu mengaku melarikan diri dari hospital dengan bantuan abang angkatnya kerana mendakwa tidak diberi makanan dan minuman sepanjang berada di bilik isolasi untuk saringan Covid-19.

“Memang saya mengaku saya lari. Saya dah tak tahan duduk situ, tanpa makan dan minum. Saya pun menangis dekat abang angkat saya cakap nak makan,” katanya. - Harian Metro

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain