suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 pekerja asing di Pasar Borong Selayang dikesan sertai himpunan tabligh

Sekumpulan pekerja asing dalam operasi yang dijalankan oleh KKM dan DBKL.

SERAMAI 10 pekerja di Pasar Borong Selayang diminta untuk menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari, selepas menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dari 28 Februari hingga 2 Mac lalu.

Mereka dikenal pasti semasa operasi selama dua jam yang dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada Rabu.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, semasa operasi dijalankan, gerai mereka ditutup.

"Sebaik kami tiba, sebahagian pekerja cuba untuk melarikan diri kerana mereka ingat kita mahu menangkap mereka, tapi kita hanya menjalankan saringan untuk Covid-19.

"Berdasarkan pemeriksaan ke atas 400 pekerja asing, 10 orang dikenali pasti mempunyai simptom seperti demam dan bantuk. Sampel mereka diambil untuk siasatan lanjut," katanya, sambil menambah majoriti pekerja asing berkenaan dari Myanmar, Bangladesh dan Indonesia.

"DBKL akan terus membantu KKM dalam menjalankan saringan kesihatan di pasar borong di bandar, dari semasa ke semasa," kata Khairul.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, dron akan digerakkkan bagi memantau aktiviti-aktiviti warga asing di pasar borong.

Semasa operasi tersebut yang bermula pukul 6 pagi Rabu, DBKL turut menyita beberapa barangan dari lima premis yang beroperasi tanpa lesen yangsah. - The Star

pekerja asing, tabligh, kuarantin

Artikel Lain