suria

“Tiada siapa yang akan dipinggirkan” - Nantikan Jumaat ini, PM bakal umum pakej kurangkan beban rakyat akibat Covid-19

Perdana Menteri akan mengumumkan satu pakej rangsangan ekonomi pihatin rakyat.

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh bagi mengurangkan beban rakyat akibat wabak koronavirus (Covid-19) pada Jumaat ini.

“Pegawai-pegawai saya di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus lumus menyediakan satu pakej rangsangan ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PM umum lanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April

“Samada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. InsyaAllah, no one will be left behind,” katanya dalam perutusan khas perdana menteri pada tengah hari Rabu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada masa sama, Muhyiddin turut menyarankan agar pusat pungutan zakat di setiap negeri memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu golongan asnaf.

“Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat.

“Dalam mesyuarat kabinet hari ini, saya telah mengarahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menggerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi mengenal pasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar segera.

“Saya berharap pusat pungutan zakat di negeri-negeri lain juga dapat melakukan perkara yang sama. Organisasi-organisasi kebajikan atau charity organizations juga boleh memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Artikel Lain