suria

Warga emas hidap penyakit kronik korban ke-17 Covid-19

Malaysia merekodkan 17 kematian akibat Covid-19 setakat Rabu.

MALAYSIA merekodkan satu lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan 17 kematian di negara ini setakat pagi Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

"Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020.

"Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Beliau disahkan positif Covid-19 pada 21 Mac 2020.

"Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi," ujar Dr Noor Hisham.

Bagaimanapun, punca jangkitan mangsa masih lagi dalam siasatan.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Covid-19, KKM, PKP

Artikel Lain