suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia catat kematian ke-16 akibat Covid-19

Malaysia merekodkan 16 kematian akibat Covid-19 setakat ini.

MALAYSIA mencatatkan satu lagi kes kematian akibat Covid-19 Selasa malam, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara seramai 16 orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kes Covid-19 terus meningkat... 64 pesakit di ICU, 24 perlukan bantuan pernafasan

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan, individu lelaki itu merupakan kes ke-1334, seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik.

Dr Noor Hisham menjelaskan warga emas itu telah mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac.

"Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam Selasa. Punca jangkitan Covid-19 beliau masih dalam siasatan," menurutnya. - BERNAMA

Artikel Lain