SEORANG pemain badminton peringkat negeri maut selepas dipercayai dipukul secara beramai-ramai susulan dia didakwa bercinta dengan remaja bawah umur.Mangsa dikenali sebagai Monu berusia 21 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital selepas ditemui dalam keadaan cedera parah di luar rumah keluarga teman wanitanya. Kejadian dilaporkan berlaku di Faridabad berhampiran Delhi, India.Menurut bapa saudara mangsa dikenali sebagai Narendra, Monu baru sahaja selesai menduduiki peperiksaan Tingkatan 12 selain aktif dalam sukan badminton.Malah mendiang menjuarai beberapa pertandingan dalam sukan itu di peringkat daerah dan negeri.Sementara itu, jurucakap Polis Faridabad, Yashpal berkata, Monu didakwa melarikan gadis berkenaan pada April lalu sehingga laporan polis dibuat oleh bapa remaja itu terhadapnya.Tambah Yashpal, remaja perempuan tersebut kemudian ditemui semula, namun Monu dilaporkan hilang.Keluarga mangsa mendakwa Monu hadir ke balai polis pada 17 Mei bagi membantu siasatan, namun dia dikatakan diculik oleh ahli keluarga gadis terbabit sebelum diseksa selama tiga hari.Pada 20 Mei lalu, polis memaklumkan kepada keluarga bahawa Monu ditemui dalam keadaan cedera di luar rumah keluarga gadis tersebut sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.Polis kini menahan dua suspek bagi membantu siasatan dan kes masih dalam tindakan lanjut. -Agensi