Zarina Anjoulie minta henti kecam Sharifah Sakinah dan Fizo, akui terlalu ikut perasaan - “Kalau aku boleh maki orang, buat apa nak malu minta maaf”

Zarina anggap kemelut antara dia dengan Sakinah dan Fizo sudah selesai.

SELEPAS pelakon Sharifah Sakinah membuat permohon maaf secara terbuka di laman Instagramnya pada Jumaat, kini giliran pelakon kontroversi Zarina Anjoulie pula tampil melakukan perkara yang sama.

Zarina atau mesra disapa Anju, berharap netizen berhenti kecam dengan mengatakan aktres itu tidak ikhlas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya memang talam dua muka, batu api, acah-acah baik” - Sharifah Sakinah mohon maaf pada Zarina Anjoulie

ARTIKEL BERKAITAN: Makin panas! Zarina Anjoulie ‘bantai’ Fizo Omar - “Tanpa masyarakat yang bantu dan beri sokongan, kau masih mamat kampung”

"Semalam Sharifah Sakinah buat video minta maaf, benda pun dah jadi. Kita pun dulu kawan, tak perlu gaduh, berbalas-balas dan cakap benda yang mereka. Jadi, Anju pun nak minta maaf pada Sakinah.

Sakinah dan Zarina pernah bersemuka bagi menyelesaikan kemelut mereka di IG live.

"Dia pun dah DM saya minta maaf tapi masih ramai yang kecam kata dia tak ikhlas. Sebenarnya ikhlas atau tidak itu antara dia dengan Allah. Tapi Anju tak kisah la, dia dah minta maaf pun.

"Macam mana korang tahu dia ikhlas ke tak, mungkin dia ikhlas tapi cara dia macam itu. Yang penting, dia dah minta maaf dan saya pun minta maaf.

"Cuba netizen fikir, aku dulu pun banyak buat silap dan korang tetap terima aku lagi. Jadi kenapa tak boleh terima dia," kata Zarina menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya pada Sabtu.

Sebelum ini, Sakinah tampil memohon maaf selepas bertindak menyelar sikap Zarina dikatakan cuba mengambil kesempatan atas isu bantuan khusus artis.

Kalau aku boleh maki orang, buat apa aku nak malu minta maaf dekat orang itu. 

ZARINA ANJOULIE

PELAKON

Kemelut antara mereka mula tercetus selepas Sakinah berkongsi video di Instagram menyelar sikap Zarina yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu segelintir artis menyuarakan pandangan mereka bantuan khusus untuk artis berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sakinah mendakwa tindakan Zarina itu hanya untuk meraih perhatian supaya dia boleh menjalankan perniagaan di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Zarina turut memohon maaf kepada Fizo Omar selepas membalas komen dengan nada kasar terhadap aktor tersebut pada baru-baru ini sehingga mengundang perbalahan antara mereka.

Menurut Zarina, dia mengakui kesilapannya melemparkan kata-kata negatif terhadap Fizo yang ketika itu dirinya dalam keadaan beremosi.

"Lagi satu (mohon maaf) dengan Fizo Omar.

Perbalahan antara Zarina dan Fizo bermula selepas mereka berbalas komen.

"Memang betul aku ada sebut nama dia, jadi di sini Anju nak minta maaf kepada Fizo. Untuk Anju, tak ada rasa malu nak minta maaf sebab mak bapa saya cakap kalau ada salah kena minta maaf.

"Kalau aku boleh maki orang, buat apa aku nak malu minta maaf dekat orang itu. I'm not that type of person. Memang betul aku ada sebut nama dia dalam video sebelum ini kerana terlalu ikutkan perasaan.

"Dia ada kata komen itu double meaning dan it could be anything. Tapi aku balas dengan ikut perasaan. Jadi, aku minta maaf pada Fizo bukan sebab takut tapi it's a right thing to do dan kalau tak nak support Sakinah dan Fizo, janganlah kecam mereka lagi," ujarnya.

Sementara itu, Zarina menegaskan biarpun antara mereka bertiga sudah selesai namun dia tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap tiga orang artis yang tidak disebutkan nama atas dakwaan memfitnahnya.

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain