suria

Hana Azraa bukan lagi isteri PU Abu - “Berhenti tanya soal hubungan Abu dengan wanita lain”

Hana harap semua pihak berhenti bertanyakan kepadanya mengenai status rumah tangga mereka.

ENGGAN mengelirukan mana-mana pihak, usahawan kosmetik Hana Azraa menegaskan hubungan dia dan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kini bukan lagi pasangan suami isteri.

Menerusi laman Instagram Hana berharap semua pihak agar berhenti bertanyakan mengenai status rumah tangganya dan hubungan Abu dengan mana-mana wanita lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kes curang, Hana Azraa dedah perkahwinan dengan PU Abu bakal berakhir - “Kami dah bawa haluan masing-masing”

"Benar Hana dan Abu Sufyan sudah tidak mempunyai apa apa hubungan. Kami tidak lagi tinggal sebumbung dan kami bukan lagi suami isteri.

"Andai keluar dari mulut dia bahawa kami masih suami isteri, saya tak tahu kenapa kerana apa yang pasti dia tahu apa yang berlaku dan setiap perkataan yang diucap keluar dari mulut dia.

"Berhenti bertanyakan pada Hana soal hubungan Abu Sufyan dengan mana-mana wanita. Samaada wanita itu berstatus isteri dia atau pun tidak, sila terus bertanyakan pada tuan empunya badan. Tolong ya," katanya.

Sebelum ini, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir pernah mendakwa kononnya PU Abu bermain kayu tiga sewaktu dirinya sedang hamil.

Bagaimanapun, PU Abu atau Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan perbuatan Hana sebagai melulu kerana bertindak berdasarkan emosi ketika hamil.

Dalam pada itu, Hana menyedari ramai dalam kalangan pengikutnya di laman sosial pernah melihat sendiri kebenaran mengenai PU Abu berdasarkan soalan yang dituju kepadanya.

Cukup semua tahu dan harapnya sesetengah pihak berhenti provoke di DM. 

HANA AZRAA

USAHAWAN KOSMETIK

Menurut Hana, dia enggan mengambil tahu mengenai isu berkaitan dengan PU Abu dan menganggap  ada hikmah disebalik yang terjadi dalam rumah tangga mereka.

"Hana yakin, ramai dikalangan followers Hana pernah nampak dengan mata dan kepala sendiri. Kalau tidak, tak ada la soalan-soalan jerat di tuju pada Hana.

"Jadi, Hana minta tolong berhenti kaitkan apa apa isu berkaitan mereka dengan Hana. Antara mereka berdua bukanlah urusan saya. Kenapa, mengapa, bila, bagaimana tentang berakhirnya urusan rumah tangga kami maaf Hana tak akan bercerita.

"Cukup semua tahu dan harapnya sesetengah pihak berhenti provoke di DM. Apa pun yang terjadi, semoga ada hikmah yang terbaik untuk kita semua. Insya-Allah. Hana yakin ada hikmah buat Hana dan anak anak terutamanya.

Hana sebelum ini pernah mendedahkan dia dan PU Abu sudah tidak lagi bersama.

"Terima Kasih dan apa pun Hana ingin memohon maaf pada semua dari awal, sehinggalah perkenalan kita pada hari ini. Stay at home and stay safe everyone," ujarnya.

Sementara itu, PU Abu ketika dihubungi mStar pada Sabtu enggan mengulas perkara itu kerana keutamannya kini hanya untuk perbaiki diri. 

"Soal itu, saya tak ada komen. Cuma saya boleh cakap, apa pun yang berlaku dalam hidup kita, perjalanan mesti diteruskan. 

"Buat masa sekarang, saya nak fokus untuk perbaiki mana yang lopong dalam hidup saya," katanya.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Sebelum itu, PU Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain 'Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila jatuhnya talak antara mereka.

Hana juga pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.

Hana Azraa, PU Abu Sufyan

Artikel Lain