suria

Selepas kes curang, Hana Azraa dedah perkahwinan dengan PU Abu bakal berakhir - “Kami dah bawa haluan masing-masing”

Hana akui sudah bersedia untuk berpisah cara baik.

SUSULAN kontroversi dan dakwaan pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Abu berlaku curang pada Januari lalu, perkahwinannya dan Hana Azraa semakin berantakan.

Selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama dengan pendakwah itu pada 1 Februari lalu, Hana pada Khamis mendedahkan rumah tangga yang dibina kira-kira hampir setahun itu sudah berada di hujung tanduk.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu kongsi foto dan nama anak keduanya - “Semoga kehidupanmu memberikan manfaat kepada orang lain”

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu tak berani mengaku kahwin janda anak satu... Nak kena tanya ayah!

ARTIKEL BERKAITAN: “Spekulasi semata-mata, mungkin faktor emosi orang mengandung” - PU Abu tenang jawab tuduhan isteri kononnya curang lagi

Menurut Hana, dia sudah nekad untuk mencari haluan masing-masing.

Hana berkongsi perkara itu di IG pada Khamis.

"Ya... memang kami sudah buat haluan masing-masing dan sekarang ni nak fokus urusan perceraian di mahkamah.

"Apa yang terjadi dalam rumah tangga kami saya tak boleh cerita. Apa yang sudah lepas itu biarlah berlalu.

"Cukuplah semuanya hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu," ujarnya kepada mStar pada Khamis.

Ahli perniagaan itu mengulas berkaitan status di Instastory miliknya bahawa dia dan Abu sudah membawa haluan masing-masing.

Dalam pada itu, Hana berkata, keputusan untuk bercerai itu dibuat selepas berbincang secara baik.

Kami sudah buat haluan masing-masing dan sekarang ni nak fokus urusan perceraian di mahkamah.

HANA AZRAA

ISTERI PU ABU

Perkahwinan Abu dan Hana mendapat perhatian masyarakat apabila didakwa berlaku curang dengan isterinya Ain Afini Latif ketika wanita itu sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

Abu atau nama sebenarnya Mohd Sufyan Mokhtar Rozaidi kemudian mendedahkan sudah berkahwin dengan Hana di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa netizen.

Perkahwinan Abu dan isteri pertama, Ain berakhir selepas kedua-duanya bersetuju untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu.

PU ABU, HANA AZRAA

Artikel Berkaitan

Artikel Lain