USAHAWAN Nedim Nazri nampaknya sudah tidak lagi menyembunyikan hubungan rapatnya bersama pelakon Nadia Brian apabila berkongsi foto berpegangan tangan di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya pada petang Ahad, Nedim atau lebih mesra disapa Boss Ned memuat naik foto bersama kapsyen ringkas.
"Kamu adalah sebuah ingatan yang menjadi kegemaranku," tulisnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang seakan-akan merestui hubungan cinta mereka.

Nadia (kiri) kini semakin rapat dengan Nedim.
"Bersemut sebab manis sangat. Yayyy.
"Gembira untuk kamu berdua, akhirnya sudah boleh tersenyum kembali," tulis netizen.
Sebelum ini, Nedim dan Nadia mencuri perhatian ramai selepas berkongsi foto bersama dalam akaun Instagram masing-masing.
Selain Nadia, Nedim turut memuat foto mereka bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl sekali gus memberi gambaran mengenai hubungan yang terjalin antara mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Nedim kongsi foto manis Nadia Brian, netizen siap buat hashtag #NeNad
ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian sudah sebulan kenal hati budi Nedim, terharu terima DM daripada Nora Danish… “Welcome to family”
Menerusi temu bual bersama mStar, Nadia mendedahkan menerima mesej peribadi (DM) daripada bekas isteri Nedim iaitu aktres Nora Danish yang membuatkan dia berasa tersentuh dengan penerimaan diberikan.
Untuk rekod, Nedim mendirikan rumah tangga dengan Nora pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Neyqal.
Bagaimanapun, pasangan ini kemudiannya disahkan bercerai pada Julai 2024.
Nadia pula pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai secara sah pada April 2021.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


