suria

Nedim kongsi foto manis Nadia Brian, netizen siap buat hashtag #NeNad

Nedim dan Nadia semakin bahagia.

SEJAK hubungan bersama pelakon Nadia Brian menjadi perhatian umum, usahawan Nedim Nazri dilihat semakin terbuka berkongsi kisah percintaan mereka di media sosial.

Terbaharu, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned memuat naik sekeping foto Nadia di Instagram disertai kapsyen romantis buat kekasih hatinya itu.

Menurut Nedim, kehadiran Nadia bagaikan memberi semangat buat dia melalui kehidupan seharian. 

Nedim dan Nadia saling berbalas komen romantis.

“Dia adalah sebab hari-hari buruk saya tidak menang,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, Nadia kelihatan anggun mengenakan gaun berona merah jambu sambil memegang beg tangan.

Lebih mencuri perhatian apabila pelakon itu turut membalas hantaran berkenaan dengan emoji berbentuk hati berwarna biru di ruangan komen.

Rata-rata netizen menyambut baik kemesraan pasangan tersebut dan mendoakan kebahagiaan hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian sudah sebulan kenal hati budi Nedim, terharu terima DM daripada Nora Danish… “Welcome to family”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tanya khabar langsung, Nadia Brian unfollow rakan yang dianggap ‘musuh dalam selimut'

Malah, pasangan ini juga dilihat mencipta tanda pagar (hashtag) khas sebagai simbol hubungan mereka.

“Cantik, semoga cepat-cepat naik pelamin. Sama cantik sama padan.

“Rasa blushing pula tengok mereka, ambillah bumi ini,” antara komen netizen.

Sebelum ini, Nadia ketika ditemu bual media mengakui hubungan mereka baru memasuki fasa serius kira-kira sebulan dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Untuk rekod, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Neyqal.

Bagaimanapun, pasangan itu disahkan bercerai pada Julai 2024.

Nadia pula sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai secara sah pada April 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain