suria

Intan Najuwa tunaikan janji, bawa keluarga pembantu rumah dari Filipina raikan Krismas di Kuala Lumpur

Intan tunaikan janji terhadap pembantunya.

MENGHARGAI jasa pembantu rumahnya, pelakon Datin Intan Najuwa berbesar hati membawa keluarga wanita asal Filipina itu ke Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan Hari Krismas.

Menurut Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dia turut gembira apabila pembantu rumahnya, iaitu Jussele, dapat bertemu semula dengan anak serta ahli keluarganya selepas sekian lama berjauhan.

Tidak lokek berkongsi rezeki, bagi Intan, pembantu itu merupakan antara individu yang sangat penting kerana menjaga anaknya, Lunara, dengan penuh kasih sayang.

Intan sentiasa hargai pembantu yang menjaga anaknya.

“Jussele, pembantu rumah saya, adalah antara rezeki terbesar dalam hidup saya. Dia menjaga Lunara dengan penuh kasih sayang dan saya amat berterima kasih kepadanya,” tulisnya.

Intan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada Selasa.

Dalam hantaran tersebut, Intan turut berkongsi foto yang memaparkan pembantunya sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa beri tempoh 24 jam kepada individu ganggu keluarganya… “Tak kisah berapa kos untuk bawa ke saluran undang-undang”

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa sudah terima permohonan maaf, pilih tamatkan isu fitnah secara baik

Tambah Intan lagi, dia sebenarnya pernah berjanji untuk membawa keluarga Jussele ke Malaysia dan bersyukur kerana impian tersebut akhirnya menjadi kenyataan pada tahun ini.

“Saya pernah berjanji untuk menerbangkan keluarganya ke Kuala Lumpur dan kini saya dapat membawa anak serta keluarganya dari Filipina supaya mereka dapat menyambut Krismas bersama.

“Selamat menikmati musim cuti, Jussele dan keluarga!” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain