suria

Kamal Adli semakin kelakar, rajin balas komen di Threads... Ada yang buat-buat ‘confuse’ samakan dengan menteri dan Khairul Aming

Peminat terhibur dengan gelagat Kamal.

SEMAKIN aktif di media sosial, pelakon Kamal Adli turut mencuri tumpuan ramai menerusi perkongsian serta komen balas yang mencuit hati.

Biarpun hanya menulis ringkas, namun hantaran yang dimuat naik Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, cukup membuatkan peminat berasa dekat dengannya.

Antara yang menjadi perhatian ialah apabila dia mengimbau kembali penglibatannya dalam drama Bionik yang pernah ditayangkan sekitar tahun 2009.

Karya lakonan Kamal kembali menjadi bualan.

Merupakan sebuah drama yang cukup ikonik di awal kerjayanya, Kamal juga memberitahu bahawa mudah untuk dia menjayakan watak Nik dalam karya tersebut.

“Penat jadi Bionik dulu. Kalau budak-budak jumpa saya, mesti nak cuba ketuk-ketuk badan saya. Nak rasa besi dalam badan.

“Bulu kaki pun kena shave sebab robot mana ada bulu kaki. Tapi ini memang legenda,” balasnya pada satu hantaran pengguna laman Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini sangat melampau!” – Kamal Adli naik hantu, netizen sebar fitnah anak bukan darah daging sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Demi Allah, saya berani junjung al-Quran, saya tak pernah memukul dia” - Kamal Adli dah agak ‘permainan’ fitnah Uqasha Senrose

Dia juga sebelum itu aktif membalas komen apabila disamakan dengan pempengaruh Khairul Aming yang juga sinonim dengan panggilan KA.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang secara berjenaka kononnya menyamakan dia dengan Adam Adli yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi.

“Saya dah cuba nak mansuhkan fasal PTPTN, tapi lepas sampai guard Parlimen, mereka cakap Adli lain di dalam.

Kamal semakin rajin layan peminat.

“Maaf, saya dah cuba. Bukan saya yang naik jadi menteri itu. Bukan saya yang buka Rembayung (restoran milik Khairul Aming),” tulisnya.

Menerusi pemerhatian dalam ruangan ‘Replies’ di Threads, pelakon ini juga dilihat lebih terbuka membalas mana-mana hantaran yang menyebut namanya.

Hampir setiap perkongsian di medium itu menerima ratusan komen balas selain ribuan tanda suka

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain