SELEPAS memberi amaran tegas serta menetapkan tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan individu yang didakwa menyebarkan kata-kata buruk terhadap keluarganya telah tampil memohon maaf.
Menurut Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dia menghargai usaha individu berkenaan yang memilih untuk menyelesaikan isu itu secara baik dalam tempoh yang ditetapkan.
“Orang tersebut telah menghubungi untuk memohon maaf dan saya menghargainya.

Intan tak berkompromi dengan sesiapa yang cuba ganggu keluarganya.
"Memandangkan dia memberi respons dalam tempoh 24 jam, saya memilih untuk tidak memanjangkan isu ini lagi,” katanya.
Intan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada malam Isnin.
Intan menegaskan, dia bukan individu yang suka mencari masalah atau menyimpan dendam, namun tidak akan berdiam diri apabila keluarganya menjadi sasaran.
Tambah Intan, dia jarang bercakap buruk tentang orang lain tanpa sebab dan sentiasa memilih untuk berbuat baik selagi dia dan keluarga tidak diganggu.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa beri tempoh 24 jam kepada individu ganggu keluarganya… “Tak kisah berapa kos untuk bawa ke saluran undang-undang”
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa tiada niat nak ‘show off’ di media sosial, tak kecil hati kecaman netizen
“Bagi yang benar-benar mengenali, saya seorang yang sangat bertolak ansur. Saya tidak mengganggu sesiapa.
“Saya fokus pada kehidupan saya sendiri. Saya sentiasa berusaha untuk bersikap baik, membantu, dan menghormati orang lain.
“Jika seseorang berbuat baik, saya akan membalas dengan lebih baik.
"Tetapi jika ada yang memilih untuk mengganggu atau menyentuh hal keluarga, saya akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk melindungi kami dan anda perlu menanggung akibat perbuatan anda,” jelasnya.
Jika seseorang berbuat baik, saya akan membalas dengan lebih baik.
DATIN INTAN NAJUWA
PELAKON
Dalam pada itu, Intan turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menggunakan media sosial.
“Tolonglah, gunakan media sosial dengan cara yang betul.
"Jangan sebarkan negatif atau menyerang orang lain kerana anda tidak tahu sejauh mana ia boleh memakan diri apabila anda tersilap langkah.
“Apapun, jadilah insan yang baik. Cakap perkara yang baik-baik, kerana ia pasti kembali kepada anda,” ujarnya.

Perkongsian Intan menerusi Threads miliknya.
Pada Isnin, Intan memuat naik hantaran di Threads mendedahkan seorang individu dipercayai bercakap buruk mengenai dirinya dan keluarga melalui foto yang dikongsi di media sosial.
Dalam hantaran sama, Intan turut memaparkan surat tuntutan (LOD) yang dihantar kepada individu tersebut, termasuk permintaan memadam fitnah serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
Pelakon itu menegaskan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya individu berkenaan gagal memberikan penjelasan dalam tempoh 24 jam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


