suria

Izzara dah terima patung Labubu edisi ‘happiness’, netizen puji pilihan bijak Ramli MS

Izzara sudah dapat patung Labubu yang diberikan oleh Elaine.

PENYANYI Datin Alyah gembira apabila menerima patung Labubu daripada peserta Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Elaine Kang.

Patung itu diberikan selepas suaminya yang juga juri tetap program berkenaan, Datuk Ramli MS meminta untuk diserahkan kepada anaknya, Izzara.

Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 44, dalam perkongsian video di TikTok berterima kasih kepada Elaine atas hadiah istimewa tersebut.

Alyah sudah berikan patung Labubu kepada Izzara.

"Ini ke Labubu viral tu? Okay, terima kasih banyak-banyak Elaine," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang netizen yang memuji pilihan bijak Ramli dalam memilih edisi patung tersebut.

Jelasnya, patung itu merupakan edisi 'happiness' yang melambangkan kegembiraan dan keceriaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya boleh je buat keras” - Ramli MS ‘rosak’ sebab Nabil, mengaku tegur peserta dewasa lebih sukar 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramli MS cerewet sampai buat kajian sebelum masak, menu asam pedas paling disukai Alyah

"Pandai Ramli pilih edisi ini. Tengok dekat kedai dan online sahaja dah mahal.

"Nama patung untuk edisi ini adalah 'happiness', macam Izzara bawa kebahagiaan kepada mummy dan daddy dia," tulis netizen.

Pada malam Ahad lalu, Elaine mengundang tawa penonton apabila muncul dengan busana lengkap dihiasi patung Labubu.

Labubu warna oren merupakan edisi 'happiness'.

Tidak cukup dengan itu, pentas GV12 menjadi kecoh seketika apabila Ramli mencadangkan agar patung Labubu berwarna oren diberikan khusus kepada anaknya, Izzara. 

Untuk info, Izzara merupakan anak saudara Alyah dan kini berada di bawah jagaannya bersama Ramli. 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013, namun belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain