TEKA-TEKI mengenai identiti usahawan wanita yang membantu Datuk Seri Abu atau Datuk Red untuk menunaikan umrah akhirnya terjawab.
Individu yang bermurah hati membantu Datuk Red menyelesaikan baki tunggakan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia itu ialah rakan usahawan yang juga personaliti media sosial, Nur Nilam Ortiz.
Nilam yang juga isteri kepada pelakon Azlan Komeng itu memberitahu, dia mengambil keputusan membantu selepas mengetahui usahawan tersebut disekat ke luar negara kerana tunggakan berkenaan.

Nur Nilam ikhlas membantu Datuk Red menyelesaikan urusan umrah.
"Saya hanya membantu setakat yang mampu.
"Itu rezeki Allah. Saya bantu kerana bukan ada niat lain. Apabila dimaklumkan pihak agensi bahawa Datuk Red tersangkut akibat tunggakan, saya terus berjumpa dan bertanya hal sebenar.
"Tanpa berlengah, saya bayar jumlah yang perlu diselesaikan. Bagi saya, tangan yang memberi dan menerima biarlah antara kita dan Allah. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan wanita bantu Datuk Red bayar tunggakan sekatan ke luar negara, bakal tunai umrah kali pertama
ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng, Nilam Ortiz dah dapat anak sulung... Ada sebab rahsiakan kehamilan
Difahamkan, pengasas dan pemilik empayar Nilam Empire ini telah menyelesaikan tunggakan sebanyak RM4,000, sekali gus membolehkan bekas suami kepada penyanyi Adira itu diberikan pelepasan ke luar negara selama setahun.
Sementara itu, Nur Nilam juga memberitahu dia bersama Datuk Red berada di Tanah Suci selama dua minggu bagi menunaikan ibadah umrah.
"Seperti semua jemaah lain, kami datang dengan doa masing-masing. Insya-Allah, semoga segala yang baik menyertai perjalanan ini.

Datuk Red dedah ada usahawan wanita bantu selesaikan tunggakan hutang bagi kebenaran keluar negara tunai umrah.
"Saya turut mendoakan Datuk Red yang kini melalui fasa hidup yang mencabar. Saya sendiri ada hajat besar yang ingin dipohon di Tanah Suci," ujarnya.
Pada 15 November lalu, Datuk Red meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka apabila impiannya untuk menunaikan umrah di Tanah Suci buat kali pertama bakal tercapai.
Ini selepas ada individu sudi membantu untuk menyelesaikan baki tunggakan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk membolehkan dia membuka sekatan ke luar negara.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


