AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah, secara rasmi mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu dalam istiadat yang berlangsung di Istana Arau, sebentar tadi.
Abu Bakar, 57, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar ke-12 di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada pukul 4.04 petang, Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu Shukri letak jawatan MB Perlis
Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis serta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Abu Bakar memenangi kerusi DUN Kuala Perlis dengan majoriti 1,254 undi.
Abu Bakar dilantik menggantikan Mohd Shukri Ramli, yang melepaskan jawatan Menteri Besar Perlis pada 25 Disember lalu atas faktor kesihatan. -The Star


