suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cikgu Shukri letak jawatan MB Perlis 

Mohd Shukri meletakan jawatan Menteri Besar Perlis pada Khamis. -Foto Facebook Mohd Shukri Ramli

MENTERI Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengumumkan peletakan jawatannya atas faktor kesihatan pada Khamis.

Beliau memaklumkan telah menyembah maklum surat peletakan jawatan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

“Nak maklumkan bahawa saya diperkenan mengadap Ke Bawah Duli Tuanku tengah hari tadi dan telah menyatakan hasrat meletak jawatan sebagai Menteri Besar atas faktor kesihatan, seperti mana yang kita tahu tak berapa mengizinkan.

“Saya menyembah surat peletakan jawatan, jadi sehubungan itu saya nak merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga pentadbiran kerajaan Perlis yang memberi kerjasama cukup erat kepada saya dan sahabat dalam pentadbiran," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang berkata demikian pada sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial miliknya.

Terdahulu, lapan Adun Perikatan Nasional (PN) menarik sokongan terhadap beliau, termasuk tiga daripada PAS yang keahlian parti mereka kemudian dihentikan.

Artikel Lain