Joe Flizzow nak beli semula kereta Kancil ketika zaman Too Phat - “Siapa jumpa tolong contact, nego sampai let go!”

Joe teringat kenangan menaiki kereta kancil semasa awal kemunculannya sebagai penyanyi dulu.

TERINGAT kenangan awal kemunculan sebagai penyanyi rap, Joe Flizzow meluahkan hasrat ingin membeli semula kereta kancil yang pernah digunakan olehnya ketika awal kerjaya sebagai penyanyi.

Menerusi Instagram Malaysian Hustler, Joe meminta pengendali akaun berkenaan memaklumkan kepadanya jika mempunyai maklumat mengenai kenderaan tersebut.

"WEJ xxxx siapa jumpa tolong contact Malaysian Hustler saya nak beli balik itu kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Joe Flizzow, Marini selamat bertunang, dijangka kahwin April depan

"DM (mesej) harga please. Nego sampai let go!” katanya.

Joe meninggalkan komen tersebut pada salah satu video yang dimuat naik di akaun berkenaan.

Komen Joe Flizzow menarik perhatian pengikut di Instagram.

Dalam video tersebut kelihatan penyanyi rap baharu, Yonnyboii menaiki kereta kancil, sekaligus mengimbau lirik yang terdapat dalam lagu Apa Khabar nyanyian Joe dan Sona One.

"Lapan orang naik dua kancil tapi semua senang!," tulis seorang pengikut.

Gara-gara komen yang ditinggalkan peminat itu, Joe meluahkan hasrat untuk mencari dan membeli semula kereta yang mempunyai banyak kenangan itu.

Lagu nyanyian Joe dan Sona One berjudul Apa Khabar ada menyebut mengenai kereta kancil.

Untuk rekod, Too Phat ditubuhkan pada tahun 1998 dan dianggotai oleh Joe Flizzow dan Malique.

Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada tahun 2006.

Menerusi lagu berjudul Apa Khabar, Joe menyelitkan lirik mengenai kereta kancil yang dinaiki oleh mereka semasa memenuhi undangan nyanyian di sebuah negeri.

"Show pertama luar KL di Pulau Pinang, lapan orang naik dua kancil tapi semua senang," antara bait dalam lirik lagu tersebut.

Joe Flizzow, Too Phat

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain