Tahniah! Joe Flizzow, Marini selamat bertunang, dijangka kahwin April depan

Joe memilih Marini sebagai bakal isterinya.

PENYANYI rap, Joe Flizzow selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan pada malam Sabtu.

Berita gembira itu dikongsi oleh adik kepada Marini iaitu Didi Ramlan menerusi laman Instagram miliknya.

"Malam tadi kakak saya memberikan kami ahli keluarga baru. Tahniah atas pertunangan secara rasmi ini. Selamat datang Joe Flizzow," tulisnya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat mengamuk, Joe Flizzow tampil mohon maaf

Sementara itu, menerusi akaun Instagram Marini, dia turut memuat naik beberapa rakaman video ketika majlis pertunangan itu yang berlangsung di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.

Salah satu video yang dikongsi di ruangan Instastory memperlihatkan ibu kepada Joe iaitu Aishah Ali menyarungkan cincin di jari manis Marini.

Adik Marini berkongsi foto majlis pertunangan Joe di Instagram.

Sementara itu, Aishah menerusi laporan sebuah portal berita memaklumkan majlis pernikahan Joe bakal berlangsung pada April tahun depan.

"Mengikut perancangan, mereka akan disatukan pada April depan. Doakan semoga segala urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

"Dia sudah berjaya meraih pencapaian membanggakan termasuklah kejayaan dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara baru-baru ini.

"Dia mahu kejar cita-citanya dahulu dan merealisasikan impiannya sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga,” katanya.

Difahamkan, Joe memilih Marini yang juga merupakan seorang usahawan dan pelukis profesional itu selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Joe Flizzow, Marini, bertunang

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16