Kantoi! Shuib ditipu pekerja, bisnes rugi jutaan ringgit - “Tak sangka awalnya indah... hujung jadi begini”

Shuib tidak menyangka menjadi mangsa khianat individu yang dipercayai awal tahun ini.

PENGALAMAN ditipu orang yang diberi kepercayaan bagi menguruskan perniagaan hampir mematahkan semangat pelawak Shuib untuk terus melibatkan diri dalam bidang berkenaan.

Kata Shuib, 35, dia tidak menyangka individu berkenaan tergamak menyeleweng wang syarikat dalam jumlah yang besar pada kejadian awal tahun ini.

"Saya mengendalikan banyak perniagaan dan yang paling berjaya adalah perniagaan berasaskan madu... kami bermula sekitar tahun 2017 dan pada tahun pertama, kami berjaya memperoleh keuntungan sehingga RM8 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal - “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!”

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Ada 12 Tahun Saja Lagi...

"Masuk sahaja tahun kedua saya dah mula leka, hanya memantau perniagaan tersebut daripada jauh dan meletakkan kepercayaan kepada orang lain untuk uruskan.

"Akibat kesilapan dan kealpaan saya, pendapatan syarikat mula turun mendadak sehinggalah saya mendapat tahu wang syarikat diseleweng,” katanya kepada mStar.

Shuib dan Siti Sarah bersemangat untuk bangkit daripada kegagalan.

Sementara itu, Shuib berkata dia hampir menyerah apabila mendapat tahu jumlah kerugian bernilai jutaan ringgit sehinggakan aset syarikat juga dilarikan individu tersebut.

Bagaimanapun, suami kepada Siti Sarah ini enggan memandang kebelakang lagi dan terus maju mengorak langkah dengan menerokai perniagaan lain.

Tidak mengapalah, mungkin ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah sekarang apa yang kami usahakan mula menampakkan hasil!

SHUIB

PELAWAK

"Selepas dah kantoi, saya pun buka akaun syarikat dan lihat ada hutang sana sini, tak sangka awalnya indah... hujungnya saya kena hadap begini.

"Saya tak mahu terus meratapi apa yang berlaku dan kami ambil keputusan untuk tidak memanjangkan hal ini dan menganggap apa berlaku ada hikmah.

"Ini semua pengajaran untuk saya. Tidak mengapalah, mungkin ini ujian untuk kami dan Alhamdulillah sekarang apa yang kami usahakan mula menampakkan hasil," ujarnya.

Shuib, Siti Sarah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain