Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal - “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!” - Hiburan | mStar

Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal - “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!”

Shuib pernah hampir putus asa kerana perniagaan diusahakan gagal.

PELAWAK Shuib mengakui pernah hampir berputus asa apabila beberapa jenis perniagaan yang diusahakan sebelum ini gagal.

Shuib, 35, bagaimanapun berkata dia tidak menyerah kalah dan terus berusaha meneroka perniagaan lain sehinggalah matlamatnya itu membuahkan hasil.

"Tiga tahun lalu, saya pernah rasa nak give up apabila satu demi satu perniagaan saya gagal. Bermula dengan bisnes kopi sampai satu tahap produk terlalu banyak tak terjual, nak sedekah pun orang dah tak nak... sudahnya terpaksa buang kerana sudah tarikh luput.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Ada 12 Tahun Saja Lagi...

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tiada Siti Sarah, Shuib tak pasti hala tuju

"Selepas itu saya cuba bisnes kurma pun tak menjadi, gagal lagi sampai berulat kurma dan terpaksa dibuang. Cabaran itu memang sangat besar tapi saya kuatkan diri untuk terus mencuba sehinggalah hari ini perniagaan madu.

"Alhamdulillah, perniagaan hari ini mungkin bukan paling berjaya tapi saya dapat rasakan kejayaan itu dan sepanjang tujuh tahun mencuba dalam perniagaan, perjalanan dan pengalaman itu yang paling mahal bagi saya," katanya kepada mStar.

Isteri, Siti Sarah menjadi tulang belakang kejayaan Shuib.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad ditemui semasa majlis penyampaian anugerah Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) yang berlangsung di Putrajaya Marriot Hotel, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Shuib dianugerahkan Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry menerusi perniagaan madu, Bee Factory yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

Pesanan saya kepada yang nak mulakan bisnes, jangan putus asa dan ingatlah pengalaman itu lebih mahal harganya daripada kejayaan yang kita akan capai nanti!

SHUIB

Pelawak

Selain Shuib, beberapa selebriti lain seperti Datuk Ramli MS, Datuk Yusof Haslam, Datuk Hans Isaac, Datuk Alha Alfa, Erra Fazira dan Zara Zya turut menerima anugerah masing-masing menerusi kategori berbeza.

Ditanya kunci kejayaannya dalam menguruskan perniagaan, suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini memberitahu dia mengamalkan bacaan surah al-Waqiah serta memperbanyakkan amalan bersedekah dalam kehidupan.

Shuib menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohamad Akin (dua dari kiri) disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Organisasi Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD), Datuk Seri Dr Ibrahim Ahmad (kiri sekali) dan Pengerusi Penganjur, Datuk Mohd Ali Abdul Majis (kanan sekali).

"Setiap awal pagi dan malam mendengar surah tersebut, sebab saya percaya kita bukan orang yang hebat tapi Allah hantarkan orang lain yang lebih hebat itu kepada kita.

"Sebelum ini, kita ingat boleh buat semua benda, tapi ada suatu masa kita rasa putus asa dan tak boleh pergi. Cumanya bila Allah hantar orang-orang yang hebat pada kita, ia naikkan semangat.

"Pesanan saya kepada yang nak mulakan bisnes, jangan putus asa dan ingatlah pengalaman itu lebih mahal harganya daripada kejayaan yang kita akan capai nanti!," ujarnya.

Shuib , Siti Sarah

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain