Aliff Aziz dah bebas, nampak ceria dapat usik anak - “Okay... daddy bagi toys” - Hiburan | mStar

Aliff Aziz dah bebas, nampak ceria dapat usik anak - “Okay... daddy bagi toys”

Aliff Aziz dipercayai sudah dibebaskan pihak polis Singapura.

SELEPAS beberapa jam penyanyi dan pelakon kontroversi Aliff Aziz ditahan polis Singapura kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk, dia dipercayai dibebaskan pada Ahad malam.

Menurut perkongsian ibunya, Siti Hafiza Sheikh Mohamad di Instagram, Aliff kini berada dalam keadaan baik.

Namun tiada butiran lanjut mengenai bila Aliff dibebaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Enggan beri kerjasama dan terus cetus kekecohan” - Aliff Aziz ditahan ganggu ketenteraman awam ketika mabuk

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah... tolong abang ayah!” - Aliff Aziz bergelut dengan polis, rayu pertolongan bapa

Siti Hafiza turut berkongsi sebuah video yang memaparkan Aliff sedang mendukung anaknya, Mohamad Ayden Adrean selain turut kelihatan bekas isteri, Bella Astillah.

Perkongsian ibu Aliff Aziz di Instagram.

"Pada yang bertanya tentang keadaan anak kami Aliff Aziz, Alhamdulillah berkat doa daripada semua dia kini berada dalam keadaan baik terutamanya selepas dapat bertemu Ayden.

"Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dan hanya Allah tahu apa yang kita tidak fahami," tulis Siti Hafiza pada kapsyen video berkenaan.

Dalam pada itu, Hafiza turut meminta agar orang ramai tidak menghukum anaknya tanpa usul periksa.

Video Aliff Aziz bergelut dengan polis di Singapura tular.

"Moga kita mempunyai rasa belas kasihan sesama manusia dan tidak cepat menghukum kesalahan seseorang itu.

"Terima kasih atas doa kalian, sesungguhnya ia sangat bernilai buat kami sekeluarga," tambah Siti Hafiza.

Terdahulu, tular di media sosial video Aliff bergelut dengan enam anggota polis di Singapura kerana dia dipercayai menganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk.

aliff aziz , bella astilah

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain