suria

“Ayah... tolong abang ayah!” - Aliff Aziz bergelut dengan polis, rayu pertolongan bapa

Tular rakaman video Aliff Azizi ditahan polis di Singapura.

BAHARU seketika menyepi, nama pelakon Aliff Aziz kembali menjadi sebutan netizen di media sosial apabila tersebar rakaman video aktor tersebut ditangkap pihak polis di Singapura.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna @HzrqHalim telah memuat naik rakaman video berdurasi satu minit itu dan mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan ingin mengetahui situasi sebenar yang berlaku di sebalik kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dah bebas, nampak ceria dapat usik anak - “Okay... daddy bagi toys”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz ditahan ganggu ketenteraman awam ketika mabuk

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz didakwa gara-gara curi sekotak rokok, pemetik api dan wang tunai RM1,200

"Apa yang berlaku ni, makin lama makin kasihan dengan Aliff ni?

"Apa hal ni? Buat hal lagi ke? kena tangkap lagi ke?

Dalam rakaman tersebut, Aliff menghubungi bapanya bagi mendapatkan bantuan.

"Tengah shooting drama pukul 6 ke tu?," komen netizen.

Dalam rakaman tersebut, Aliff dilihat bergelut dengan beberapa anggota polis dan kedengaran dia menghubungi bapanya bagi mendapatkan bantuan.

Bekas suami kepada Bella Astillah itu menjerit-jerit memberitahu ayahnya menerusi telefon bahawa ada orang sedang memukulnya.

Sebahagian komen netizen di laman Twitter.

Video berkenaan tular di Twitter dan menerima lebih 130,000 tontonan dan dikongsi lebih 6,000 pengguna.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada maklumat mengenai kejadian tersebut.

Aliff Aziz

Artikel Lain