“Foto berpelukan seperti suami isteri, sebaiknya nikah sahaja” - PU Syed minta Jakim buat garis panduan bendung gaya kehidupan artis - Sensasi | mStar

“Foto berpelukan seperti suami isteri, sebaiknya nikah sahaja” - PU Syed minta Jakim buat garis panduan bendung gaya kehidupan artis

PU Syed menyarankan dua pelakon ini segera berkahwin untuk menghalalkan pergaulan.

PENYEBARAN foto aksi mesra memperlihatkan pelakon Zul Ariffin memeluk dan mengangkat Intan Najuwa ketika sedang bermandi-manda di pantai menerima teguran Pencetus Ummah (PU) Syed.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, berkata tindakan yang dilakukan dua selebriti itu bertentangan dengan syarak dan adalah lebih baik jika mereka berkahwin secara halal.

"Teguran terbuka buat Zul Ariffin dan Intan Najuwa, tersebar gambar kalian berdua berpelukkan seakan suami isteri di dalam air. Ambe (saya) tak mahu kongsikan gambar tersebut kerana ianya sangat tidak senonoh walau apa jua alasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh foto mandi laut Intan Najuwa dan Zul Ariffin, gimik naikkan rating drama Setelah Ku Dimiliki?

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau pun bermazhab lain, tak payah 'up' gambar sebegitu rupa” - Foto ‘selfie’ Nabila bersama anjing ditegur PU Syed

"Sebaiknya kalian bernikah sahaja  dan sudah pasti boleh lakukan apa sahaja secara halal namun tetap ada batasannya. Sebagai seorang Muslim, syarak ada menetapkan sesuatu yang halal dan haram apatah lagi kita semua mengatakan takut dihumban ke neraka dan inginkan masuk ke syurga.

"Namun kita lakukan perkara yang sebaliknya, seolah-olah teringin benar ke neraka. Adakah terlalu murah perintah dan larangan Allah ini sehingga kalian berani melanggarnya? fikir-fikirkanlah!" katanya.

PU Syed memuat naik teguran terhadap dua pelakon ini di Instagram.

PU Syed membuat teguran secara terbuka itu menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Pada Khamis, nama aktres Intan Najuwa sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila beberapa keping foto aksi mesranya dengan pasangan gandingannya, Zul Ariffin tersebar di media sosial.

Foto tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dan berpendapat kelakuan itu tidak sesuai bagi wanita yang sudah bertunang.

Dalam pada itu, PU Syed turut menyeru kepada pihak berwajib untuk mengeluarkan satu garis panduan yang harus diikuti oleh golongan selebriti.

Aksi mesra dua pelakon ini menerima kecaman netizen.

"Ambe (saya) rasa perlu Menteri Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu membuat satu garis panduan.

"Bahkan menggubal undang-undang khas membendung artis-artis yang menunjukkan gaya kehidupan yang negatif ini agar kembali kepada landasan yang sebenar. 

"Takzir (hukuman) sangat baik ke atas mereka #AdeAmbeTakut," ujarnya.

Sehingga kini, usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan dan kenyataan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, mengenai foto tersebut masih tidak berjaya.

PU Syed , Intan Najuwa , Zul Ariffin

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain