“Sesiapa pun bebas beri pendapat” - Foto 'mesra' dengan Zul Ariffin, ini komen tunang Intan Najuwa

Razrul enggan ulas isu penularan foto mesra Intan Najuwa bersama Zul Ariffin.

KONTROVERSI foto mandi laut pelakon Intan Najuwa bersama pasangan gandingannya Zul Ariffin mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial.

Rata-rata pengguna laman sosial beranggapan aksi pelakon utama drama Setelah Ku Dimiliki itu keterlaluan terutamanya Intan yang sudah bergelar tunangan orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh foto mandi laut Intan Najuwa dan Zul Ariffin, gimik naikkan rating drama Setelah Ku Dimiliki?

ARTIKEL BERKAITAN: “Hubungan kami okey, saya dalam proses bimbing dia” - Tunang beri penjelasan, status kecewa bukan untuk Intan Najuwa 

Bagaimanapun, tunang kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli, 38, yang dihubungi mStar berpendapat bahawa sesiapapun berhak menyatakan pandangan mereka terhadap isu berkenaan.

"About the photos ? Sorry... saya tiada apa nak komen

"This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam," katanya. 

About the photos ? Sorry... saya tiada apa nak komen

Razrul Anwar Rusli

Tunang Pelakon Intan Najuwa

Intan dan Razrul bertunang dalam sebuah majlis di Johor Bahru pada 18 Ogos lalu bersempena hari jadi pelakon itu yang ke-22.

Pada Khamis, foto mandi laut Intan dan Zul Ariffin tersebar di media sosial sehingga ada yang beranggapan ia salah satu gimik bagi meraih rating drama lakonan mereka.

Bagaimanapun, pengarah terkenal Osman Ali menafikan babak mesra itu berkaitan dengan adegan dalam drama berkenaan.

Osman berkata, gambar-gambar itu juga bukan daripada 'footage' adegan bulan madu membabitkan watak Adriz dan Sarra.

"Saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.

Razrul enggan beri sebarang komen, elak keadaan tambah keruh.

"Bagaimanapun, saya sudah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki," katanya.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan kenyataan Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, mengenai foto tersebut masih tidak berjaya.  

Menerusi laporan mStar pada 15 Oktober lalu, Intan memberitahu dia tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi selepas foto mesra bersama pelakon Zul Ariffin menerima kecaman netizen. 

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu pernah memberitahu bahawa dia masih tahu menjaga batasan dan mempunyai limit tertentu dengan pelakon-pelakon lelaki gandingannya. 

Dalam pada itu, Razrul menerusi laporan mStar pada 18 Oktober lalu, berkata, dia dalam proses membimbing pelakon itu demi kebaikan masa depan mereka selepas bergelar suami isteri. 

Bagaimanapun, tanggungjawab itu dilakukan tanpa sebarang paksaan kerana memahami kerjaya wanita itu. 

Intan Najuwa, tunang

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain