“Kalau semua nak claim, tak berkembanglah industri kita” - Baju Wann di pentas GV6 dituduh ciplak, pereka fesyen Arma mahu buat laporan polis - Sensasi | mStar

“Kalau semua nak claim, tak berkembanglah industri kita” - Baju Wann di pentas GV6 dituduh ciplak, pereka fesyen Arma mahu buat laporan polis

Arma sedih dan kecewa apabila dituduh menciplak hasil pereka fesyen lain.

PEREKA fesyen, Arma Abdul Rahman berasa kesal dan sedih apabila pakaian rekaannya yang digayakan oleh penyanyi Wann pada konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) Ahad lalu didakwa ciplak daripada seorang pereka fesyen terkenal.

Menurut Arma, 36, dia tidak meniru atau mengambil inspirasi mana-mana pihak dan rekaan tersebut disesuaikan mengikut konsep yang diberikan oleh pihak pengurusan dan produksi Astro.

"Saya sudah berada dalam industri kira-kira 15 tahun, bukan baru... dalam isu ini tiada istilah ciplak atau ambil inspirasi kerana saya hanya mengikut tema dan kehendak pihak pengurusan Astro. Sejujurnya saya tak follow pereka fesyen itu dan tak tahu langsung fasal rekaan yang dikatakan sama itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hatta Dolmat minta Arma tambah idea sendiri - “Kalau semua nak tiru, tak berkembang la otak pereka fesyen kita”

ARTIKEL BERKAITAN: Arma Couture Hasilkan Lebih 600 Pasang Baju Raya

"Tak bolehlah claim sesuatu rekaan itu milik dia, apalah sangat yang boleh dibuat dengan rekaan tradisional dan klasik. Saya hanya buat baju dan dibantu oleh stylish yang dilantik Astro. Untuk pengetahuan, warna silver baju itu pun antara dua pilihan warna yang ditentukan Astro.

"Kalau semua nak claim, tak berkembanglah industri kita sebabnya pakaian tradisional ini pakaian warisan turun-temurun. Tak ada beza yang ketara dan contohnya tali pinggang memang letaknya di pinggang, kalau letak di dahi... ya itu rekaan baru!" katanya kepada mStar.

Arma hasilkan rekaan baju untuk Wann di GV dan Fieya Julia di Big Stage baru-baru ini.

Pada konsert GV6 minggu keempat, Wann mengenakan baju persalinan klasik rekaan Arma Couture menggunakan fabrik sutera siam dengan rona perak.

Rekaan dan konsep pakaian yang digayakan Wann itu menarik perhatian pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat yang pernah menghasilkan rekaan serupa semasa majlis perkahwinan penata gaya (stylish), Tym Fatimah.

Kami ada jumpa di belakang pentas GV dan semuanya okay sahaja. Kami bertegur sapa dan siap berpeluk lagi, tak ada pula bunyi tentang isu ini!

ARMA ABDUL RAHMAN

PEREKA FESYEN

Menerusi Instagram, Tym turut menulis mengenai konsep pakaian tersebut yang dikatakan hampir serupa dengan rekaan pada baju perkahwinannya itu.

Mengakui terkejut apabila isu ini menjadi tular di media sosial, Arma berkata dia dan Hatta tiada sebarang isu dan pertemuan mereka di belakang pentas GV6 berlangsung dengan baik.

Arma menghasilkan rekaan baju berpandukan kehendak pihak Astro.

"Ya kami ada jumpa di belakang pentas GV dan semuanya okay sahaja. Kami bertegur sapa dan siap berpeluk lagi, tak ada pula bunyi tentang isu ini.

"Kami dah kenal lama, belajar di tempat sama dan sepatutnya isu ini tidak dibangkitkan. Dia boleh sahaja telefon atau mesej saya secara peribadi dan bukannya naikkan isu ini di media sosial.

"Malah, sebelum ini saya juga pernah bekerjasama dengan Tym semasa acara Saloma Collection Arma Couture 2016. Dia pun bukan orang baharu dalam industri fesyen dan mesti tahu cara kerja bersama produksi TV, kita ada guideline yang perlu diikut," ujarnya.

Dalam pada itu, Arma berkata dia sudah merujuk kepada peguam dan bakal membuat laporan polis di Bandar Kinrara, Selangor pada Isnin.

Perkongsian Hatta dan Tym di Instagram menarik perhatian netizen.

"Saya akan buat laporan polis kerana isu ini dah membabitkan buli siber, ramai bercakap dan menghentam saya hanya kerana dakwaan tidak berasas itu. Hal ini juga telah mencemar kredibiliti saya sebagai seorang pereka fesyen.

"Kalau nak tahu ini bukan kali pertama, sebelum ini ada juga tapi saya diam sahaja sebab saya bukan yang jenis suka nak heboh-hebohkan di media sosial. Jadi saya rasa laporan polis ini sebagai melindungi diri saya daripada isu ini menjadi lebih besar.

"Janganlah sampai buat begini, industri kita ni kecil sahaja. Sebelum ini, pada tahun 2008 saya hasilkan pakaian istimewa untuk perkahwinan Mawi dan Ekin berkonsepkan tradisional Jawa Kontemporari dan ia menjadi ikutan ramai, tapi tak ada pula sampai nak claim itu rekaan saya, dunia fesyen ini luas dan besar," katanya.

Arma Couture , Hatta Dolmat , Tym Fatimah

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain