suria

“Saya harap mereka ikhlas” - Rita Rudaini bersemuka dua individu fitnah anak-anaknya

Rita Rudaini pertimbangkan tindakan saman terhadap individu fitnah anaknya.

PELAKON Rita Rudaini akhirnya menarik nafas lega selepas dua individu yang menulis komen berniat jahat terhadap dia dan anak-anaknya tampil membuat permohonan maaf di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya kira-kira pukul 9.30 malam Rabu.

Menurut Rita, dia berpuas hati selepas kedua-dua lelaki itu memberikan kerjasama dengan hadir dan membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntutnya minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen fitnah status sah taraf anak Rita Rudaini sudah munculkan diri 

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak hang anak sah taraf ke?” - Melampau! Rita Rudaini buat laporan polis, tuntut individu fitnah status anak mohon maaf

"Mereka hadir bersemuka dengan saya atas kesilapan mereka sendiri. Melalui percakapan yang direkod, kedua-duanya mengakui kesilapan berdasarkan komen yang ditulis di akaun Instagram dan Facebook saya.



Hafiidz Ahmad Mustaffa bersemuka dengan Rita Rudaini.


"Saya berharap permohonan maaf mereka ikhlas dan tidak akan buat lagi. Biar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, peguam Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan berkata, anak guamnya itu masih mempertimbangkan tindakan saman terhadap dua lelaki terbabit iaitu Ahmad Najib Mat Arif, 38, dan Hafiidz Ahmad Mustaffa, 39, bergantung kepada kesan yang ditinggalkan terhadapnya.

“Isu ini tidak akan terhenti di sini sebab ia sudah menular di semua platform media sosial sehingga anak-anak Rita pun ditanya dengan pelbagai soalan termasuklah status mereka.

Mereka hadir bersemuka dengan saya atas kesilapan mereka sendiri.

RITA RUDAINI

PELAKON

“Walaupun kedua-dua mereka sudah membuat permohonan maaf dan bersemuka sendiri dengan Rita, tetapi atas faktor harga diri, kerjaya dan kesan ke atas anak guam saya harus mempertimbangkan semula tindakan saman malu ke atas mereka,” katanya.

Dua individu berkenaan tiba di perkarangan balai polis kira-kira pukul 8.30 malam dengan memakai pakaian serba hitam serta berseluar jean.

Kedua-dua lelaki berkenaan hadir bersemuka dengan Rita dan mengakui kesilapan mereka menulis komen yang menjatuhkan reputasinya.

Pada 21 Oktober lalu, pelakon Rita Rudaini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Instagram yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya di Balai Polis Kota Damansara, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang.


Ahmad Najib Mat Arif membuat permohonan maaf terhadap Rita pada Rabu.

Peguam yang dilantik Rita iaitu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan kemudiannya memberi tempoh masa selama 14 hari untuk pengguna Instagram dengan nama @ahmadsan81 tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf.

Rita dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.

Rita Rudaini

Artikel Lain