“Anak hang anak sah taraf ke?” - Melampau! Rita Rudaini buat laporan polis, tuntut individu fitnah status anak mohon maaf

Rita bersama peguamnya di sidang media khas pada Isnin.

GARA-GARA meninggalkan komen berbaur fitnah di laman sosial, pelakon Rita Rudaini bertindak membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Instagram pada Isnin.

Rita, 43, membuat laporan itu selepas mendapati komen yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya itu berniat jahat dan memberi kesan buruk terhadap mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Belah kami tiada yang gemuk” - Rita Rudaini rimas netizen sibuk tanya kenapa anak kurus

"Laporan dibuat terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan memfitnah mengenai taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melampau!

Rita bakal ambil tindakan terhadap netizen yang meninggalkan komen mengenai anaknya.

"Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.

"Saya mengambil langkah yang sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku," katanya kepada mStar.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang.

Sebelum ini, menerusi Instagram milik Rita, seorang netizen meninggalkan komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang di muat naik.

Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.

RITA RUDAINI

Pelakon

"Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer," tulis pemilik akaun tersebut.

Sementara itu, peguam yang dilantik Rita iatu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan memberi tempoh selama 14 hari untuk individu itu tampil membuat permohonan maaf.

"Kita ikut perundangan... kami beri tempoh selama 14 hari bermula tarikh laporan polis dibuat pada hari ini.

Rita bersama dua orang anaknya.

"Pemilik akaun tersebut perlu tampil bersemuka dengan kami secepat mungkin dan buat permohonan maaf secara terbuka.

"Jika ingkar, individu itu bakal berdepan dengan saman sivil," ujarnya.

Terdahulu, Rita dikurniakan  dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.

Rita Rudaini

Artikel Berkaitan

Artikel Lain