“Enggan beri kerjasama dan terus cetus kekecohan” - Aliff Aziz ditahan ganggu ketenteraman awam ketika mabuk

Aliff ditahan kerana menganggu ketenteraman awam.

PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz ditahan oleh pihak polis berikutan menganggu ketenteraman awam ketika dalam keadaan mabuk.

Menerusi laporan Berita Mediacorp, penyanyi itu ditahan Pasukan Polis Singapura (SPF) kira-kira pukul 6.40 pagi Ahad di kawasan Orchard Road.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah... tolong abang ayah!” - Aliff Aziz bergelut dengan polis, rayu pertolongan bapa

Pihak polis mengesahkan perkara itu selepas dua video tular membabitkan penyanyi tersebut.

Dalam kejadian itu, Aliff, 28, didapati bergaduh dengan seorang lelaki sebelum menimbulkan kekecohan.

Video Aliff ditahan pihak polis tular di media sosial.

“Walaupun diarahkan supaya bertenang dan meleraikan pergaduhan itu, Aliff yang nafasnya berbau arak, enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan.

“Menurut polis lagi, Aliff juga bergelut dengan para pegawai semasa mereka cuba menggari tangannya. Siasatan polis masih dijalankan,” menurut portal terbabit.

Dia kemudian ditangkap di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.

Petang tadi, nama pelakon Aliff Aziz kembali menjadi sebutan netizen di media sosial apabila tersebar rakaman video aktor tersebut ditangkap pihak polis di Singapura.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna @HzrqHalim telah memuat naik rakaman video berdurasi satu minit itu dan mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan ingin mengetahui situasi sebenar yang berlaku di sebalik kejadian tersebut.

Dalam rakaman tersebut, Aliff dilihat bergelut dengan beberapa anggota polis dan kedengaran dia menghubungi bapanya bagi mendapatkan bantuan.

Bekas suami kepada Bella Astillah itu menjerit-jerit memberitahu ayahnya menerusi telefon bahawa ada orang sedang memukulnya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain