“Nafas tercungap, banyak flat” - Nurfatima bernasib baik tiada penyingkiran minggu ke-5 - Hiburan | mStar

“Nafas tercungap, banyak flat” - Nurfatima bernasib baik tiada penyingkiran minggu ke-5

Nurfatima terselamat minggu ke-5 GV6.

BIARPUN mendapat markah tercorot, penyanyi Nurfatima terselamat daripada tersingkir dari pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.

Menerusi komen juri tetap Datuk Ramli MS, dia melihat persembahan Nurfatima tidak terlalu teruk namun penyanyi itu perlu mengawal pernafasan serta mengawal nada suara rendah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak merdu... harmoni pun bersepah!” - Gandingan Kool dan Farawahida tidak 'mesra' punca tersingkir GV6

“Saya dengar nafas awak tercungap selain banyak flat dalam nyanyian awak tapi teknikal bagus. Apa-apa pun, persembahan awak okay la,” katanya.

Nurfatima menyampaikan lagu Can't Fight the Moonlight yang dipopularkan oleh LeAnn Rimes.

Peserta yang layak ke minggu hadapan.

Semua peserta mara ke minggu hadapan iaitu Wann, Noorshila Amin, Feeza, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone dan kumpulan One Nation Emcee.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam tampil sebagai juri jemputan.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Dalam pada itu, penyanyi Aida Agil menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Wann manakala Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi oleh kumpulan One Nation Emcee.

GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV6

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain