suria

Peminat mengamuk, Joe Flizzow tampil mohon maaf

Joe Flizzow tampil membuat permohonan maaf berhubung penganjuran showcase #16Baris pada malam Sabtu. Foto Instagram @flizzow

PENYANYI rap terkenal Joe Flizzow tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung penganjuran showcase percuma #16Baris yang diadakan di The Bee, Publika Kuala Lumpur pada malam Sabtu apabila ia bertukar kecoh ekoran lokasi dipilih tidak mampu menampung jumlah peminat yang hadir.

Joe yang juga selaku penganjur persembahan tersebut memberitahu pihaknya tidak menjangka sambutan luar biasa peminat selain kesal ramai peminat tidak dapat memasuki lokasi itu terutamanya yang datang daripada jauh.

"Terdahulunya kami seikhlasnya ingin memohon maaf kepda semua peminat yang tidak dapat masuk ke dalam tempat konsert terutamanya mereka yang telah membuat perjalanan dari luar negeri dan telah berusaha untuk berada di sana semalam.

Joe memuat naik permohonan maaf di Instagram miliknya pada Ahad.

"Adalah amat dikesali bahawa terdapat sejumlah besar peminat-peminat tidak dapat menertai kami dan kami telah mendengar dan mengambil maklum kekecewaan anda.

"Kami berjanji untuk membuat dengan lebih baik pada masa akan datang dan kami berharap semua peminat akan terus menyokongartis-artis dan muzik mereka," katanya menerusi kenyataan akhbar yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Joe turut mengucapkan terima kasih kepad peminat yang hadir ke acara tersebut dan sambutan ditunjukkan oleh peminat menunjukkan semangat dan sokongan terhadap budaya Hip Hop di negara ini.

Lokasi tempat berlangsung #16Baris di Publika sesak dengan peminat. Foto Instagram @hizamizaini

"Sambutan dan jumlah kehadiran adalah lebih daripada apa yang kami dapat jangkakan dan kami amat terharu dengan sokongan dan semangat yang kita semua berkongsi untuk budaya Hip Hop Malaysia.

#16Baris menampilkan persembahan daripada penyanyi rap seperti Joe Flizzow, Altimet, Aman Ra, Sonaone, Alif, Kayda, Kid Raw dan ramai lagi.

Sejak petang Sabtu, peminat meluahkan rasa tidak puas hati berhubung penganjuran showcase itu yang disifatkan tidak sesuai sehingga menyebabkan kekecohan apabila ramai tidak dapat memasuki lokasi persembahan berlangsung.

Artikel Lain