suria

Jamal Abdillah terjebak ‘pesta’ durian sambil karaoke, niat asal nak beli baja kolam ikan - “Orang jemput makan takkan saya nak tolak”

Datuk Jamal Abdillah hanya singgah untuk memenuhi hasrat rakannya.

GARA-GARA memenuhi pelawaan untuk makan durian sambil berkaraoke, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah kini disiasat polis atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana menyertai satu majlis sosial.

Cerita Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, dia berada di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor, Perak pada Jumaat lalu bagi mendapatkan baja untuk bisnes kolam ikan yang diusahakannya di Bukit Merah.

"Betul itu adalah saya, jadi saya nak mohon maaf kepada semua kerana terleka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat kebenaran rentas negeri uruskan ternakan ikan arowana, Jamal Abdillah tak akan salah guna... kelonggaran bukan tiket bersuka-ria!

"Sebenarnya saya ke sana kerana urusan untuk dapatkan baja untuk kolam ikan.

"Lepas itu kawan-kawan yang ada dusun durian ajak saya makan durian, saya ikut la. Orang jemput makan takkan saya nak tolak... hanya singgah sekejap je," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.



Perkongsian netizen di Twitter yang mempertikaikan tindakan penyanyi itu.



Terdahulu tular di media sosial beberapa foto jamal bersama sekumpulan individu sedang menikmati durian dan sambil berkaraoke hingga mencetuskan kemarahan ramai.

Susulan itu Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan berkata, pihaknya akan mendapatkan keterangan Jamal dan beberapa individu lain dipercayai peniaga dan penduduk kampung bagi membantu siasatan.

Saya tak tahu dekat situ ada orang lain, jadi apabila orang lihat saya... tiba-tiba ramai datang berkumpul.

DATUK JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

Berhubung suasana seperti sedang berpesta kerana dia dilihat turut menghiburkan peminat, Jamal berkata ia berlaku secara kebetulan.

"Kebetulan tempat tu ada set karaoke, sambil makan... saya menyanyi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebelum tu saya pakai pelitup muka tapi apabila nak makan dan nyanyi, saya letak tepi," katanya.

Dalam pada penyanyi lagu Belenggu Rindu ini berkata dia sedia memberi kerjasama dan akan hadir ke Balai Polis Tapah kira-kira pukul 2 petang Ahad.

Tambah Jamal, dia juga tidak menyangka persinggahannya itu mengundang masalah apabila secara tidak langsung menarik perhatian penduduk kampung untuk turut serta.



Datuk Jamal akan tampil memberi keterangan polis pada petang Ahad.

"Saya tak tahu dekat situ ada orang lain, jadi apabila orang lihat saya... tiba-tiba ramai datang berkumpul.

"Saya akui memang salah sebab terlepas pandang. Saya hanya memenuhi hasrat orang, tak mahu kecilkan hati orang," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain