suria

Hafidz Roshdi bela Elizad, sering nampak solat di set penggambaran - “Dia ambil wuduk, bentang sejadah”

Hafidz nampak Elizad solat di set penggambaran.

GERAM dengan tindakan seorang netizen mempersoalkan ibadat solat pelakon Elizad Sharifuddin, rakan selebriti yang pernah bekerja dengannya iaitu Hafidz Roshdi tampil bercerita perkara sebenar.

Ujar Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 27, hanya orang di sekeliling Elizad mengetahui tentang keperibadian sebenar aktres berkenaan yang tidak meninggalkan tanggungjawab sebagai Muslim biarpun sedang sibuk bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan serius sangat, kami bergurau!” - Hafidz Roshdi dituduh tak hormat isteri gara-gara kapsyen berbaur lucah

“Saya nak bagi tahu benda betul yang nampak depan mata, saya tak cakap benda macam ni kalau tak nampak sendiri.

“Setiap kali penggambaran di rumah mesti nampak dia ambil wuduk, bentang sejadah. Bukan sekali nampak tapi setiap kali!” ujarnya kepada mStar.



Elizad luah rasa sedih IG pada malam Rabu.

Hafidz ditemui pada sidang media Bujang Tampan Selamba yang diadakan secara maya pada Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, pelakon Elizad meluahkan rasa sedih apabila menerima hinaan di ruangan komen sebuah portal yang menuduhnya sebagai mandul, tidak solat dan tidak menutup aurat.

Kadang-kadang kita nampak orang tidak bertudung mesti kata tak solat, jadi jangan nilai orang daripada luar.

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

Elizad memberitahu dia sudah berusaha pelbagai cara dan rawatan untuk mendapatkan cahaya mata namun masih belum dikurniakan rezeki itu.

Pelakon Teman Lelaki Upahan itu membuat laporan polis pada malam Rabu terhadap seorang netizen yang dianggap melampau dan cuba menjatuhkan maruahnya.

Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu turut meminta orang ramai agar tidak menilai ibadah seseorang daripada luaran semata-mata.

“Kadang-kadang kita nampak orang tidak bertudung mesti kata tak solat, jadi jangan nilai orang daripada luar” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain