“Jangan serius sangat, kami bergurau!” - Hafidz Roshdi dituduh tak hormat isteri gara-gara kapsyen berbaur lucah - Hiburan | mStar

“Jangan serius sangat, kami bergurau!” - Hafidz Roshdi dituduh tak hormat isteri gara-gara kapsyen berbaur lucah

Hafidz menafikan tuduhan netizen mengatakan dia tidak menghormati isteri.

PELAKON Hafidz Roshdi menyelar tindakan netizen yang mendakwa dia tidak menghormati isteri gara-gara memuat naik gambar dengan kapsyen berbaur lucah di laman Instagram.

Menurut Hafidz, 25, netizen tidak seharusnya mengambil serius isu berkenaan memandangkan posting yang dimuat naik itu sekadar mahu bergurau dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak jadi bapa, Hafidz Roshdi tak suka lepak lama-lama!

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Roshdi Maafkan Netizen Hina Wajah Isterinya

"Sejujurnya saya tak tahu menahu mengenai perkara ini kerana saya baru saja lepas operate kepala sebab tanam rambut.

"Pada saya ia perkara biasa sahaja kerana saya hanya bergurau dengan isteri.

"Tak timbul pun soal saya tak hormat isteri sebab saya hanya bergurau dengannya," katanya kepada mStar.

Posting Hafidz yang dikatakan tidak sensitif dan berbaur lucah.

Kata Hafidz lagi, dia juga enggan mengambil peduli dengan kecaman netizen di laman sosial berikutan pernah melalui perkara sama sebelum ini.

"Saya rasa ia kelakar tapi kalau netizen rasa tak kelakar, saya tak boleh nak buat apa.

"Lagipun saya dan isteri okay sahaja. Dia faham saya bergurau dengan dia. Tak sangka pula netizen nak terasa dengan posting itu.

"Saya dah malas nak ambil port... masa baru-baru kahwin pun saya dah pernah kena kecam. Bila dah pernah kena, saya dah tak rasa apa-apa," katanya.

Terdahulu, posting yang dimuat naik Hafidz di laman Instagram miliknya pada Khamis menimbulkan rasa kurang senang warganet.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

"Seorang lelaki diperkosa oleh isterinya," tulis Hafidz.

Perkara itu membuatkan laman sosial Hafidz diserang netizen yang menganggap dia tidak sensitif.

"Tahulah dah halal tapi memang tak perlu nak buat kapsyen macam tu. Kita orang Islam kenalah ada sifat malu.

"Tak apa dik, saya sokong statement awak. Bergurau pun ada hadnya. Tapi bak kata mereka yang konon lebih matang, siapalah kita nak tegur artis favourite mereka.

"Edit sahajalah kasihan dekat isteri," tulis netizen.

Hafidz Roshdi , dirogol

Artikel Lain