suria

Akhirnya Zamani berkahwin, pilih kawan baik sebagai isteri

Zamani bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani.

PENYANYI Zamani Ibrahim mengejutkan dunia hiburan apabila dia mengumumkan bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Zamani, 48, melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya itu di Ampang, Kuala Lumpur dalam majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Aduh’ cinta Zamani tidak kesampaian

Pada majlis tersebut pengantin perempuan menerima sebentuk cincin dan mas kahwin RM300 berserta tujuh dulang hantaran dibalas sembilan kepada pihak lelaki.

Hanya sekali lafaz Zamani sah bergelar suami kepada Juliana pada Jumaat.

Pasangan itu yang sudah mengenali satu sama lain dan berkawan hampir 14 tahun itu juga bakal menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pihak pengurusannya Zime Production memberitahu majlis resepsi pasangan tersebut bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Zamani

Artikel Lain