suria

Foto Emma Maembong makan pizza, netizen kata bukan di Sungai Buloh tapi di kelab malam - “Saya pergi sebab pizza sana sedap!”

Foto Emma Maembong menarik perhatian netizen di sebuah restoran.

PERKONGSIAN pelakon Emma Maembong yang memuat naik foto sedang menikmati pizza di sebuah restoran mendapat perhatian netizen.

Pada foto tersebut, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail memaut lokasi sebuah restoran di Sungai Buloh, Selangor, namun menjadi persoalan apabila ada netizen mendakwa gambar tersebut berlokasi di sebuah kelab malam popular.

Segelintir netizen meninggalkan komen meminta penjelasan pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu yang mendakwa kononnya dia menipu lokasi pada gambar tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong minta maaf, ampun dan mengaku lalai... “Allahkan ada” komen Kamal Adli

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada perasaan terhadap Emma Maembong” - Noki K-Clique suka wanita tutup aurat

"Ini bukan dekat Sungai Buloh ini di jalan Tun Razak la sis.

Beberapa netizen memerli Emma berhubung lokasi yang diletakkan di laman Instagramnya.

"Siapa cakap ni dekat Trec? Bukan la. Emma mana pergi Trec.

"Dekat Sungai Buloh ke ni? Saya tinggal kat sini, tak pernah jumpa pun," soal beberapa netizen.

Tidak mahu peminat terus berteka-teki, Emma yang membalas komen tersebut mengakui dia berada di kelab malam itu hanya untuk menikmati pizza tersebut.

"Memang ni dekat Trec tapi saya share lokasi saya sekarang. Saya pergi la, pizza sana sedap, why?

Emma Maembong, pizza, kelab malam

Artikel Lain