suria

Emma Maembong minta maaf, ampun dan mengaku lalai... “Allahkan ada” komen Kamal Adli

Emma mengakui dirinya lalai dan minta netizen henti menyalahkan orang sekelilingnya.

TERPALIT dengan insiden penyebaran foto tidak bertudung yang mengundang kecaman ramai, pelakon Emma Maembong akur untuk mengakui kesilapan itu dilakukan dirinya tanpa paksaan sesiapa.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, berkata dia mengakui dirinya lalai kerana melakukan perbuatan itu dan meminta netizen tidak menyalahkan mana-mana pihak.

"Saya nak minta maaf sebab lalai. Minta maaf dan (minta) ampun kepada netizen. Tapi saya harap netizen tidak salahkan kawan-kawan, orang sekeliling, keluarga dan ibu atau ayah saya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Maaf... ini semua kecuaian, salah Syed seorang" - Abang menteri jawab isu foto wanita di celah kangkang

ARTIKEL BERKAITAN: “I am sorry” - Emma Maembong mengaku buka tudung tapi nafi foto celah kangkang abang menteri


Emma nafi dia adalah individu dalam foto di celah kangkang Syed Abdullah.

"Sebab memang 100 peratus bukan salah mereka tapi salah saya sendiri. Kawan-kawan tak ada kena mengena.

"Bukan salah mereka. Salah saya sendiri," kata Emma ketika dihubungi mStar Online.

Laman sosial pada Isnin kecoh dengan penyebaran dua foto Emma tidak bertudung bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman iaitu abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq.

Bagaimanapun, Emma menafikan dia adalah individu dalam sekeping foto yang memperlihatkan seorang wanita di celah kangkang Syed Abdullah.

Saya tak tahu kenapa orang nak satukan gambar tu dengan gambar saya sedangkan itu bukan saya.

EMMA MAEMBONG

Pelakon

Emma turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang melalukan 'super impose' fotonya pada foto seorang wanita yang dirakam dalam bilik bersama pemuda itu.

"Saya nak cakap gambar tu memang gambar saya. Yang tak pakai tudung tu. Cuma gambar di bilik tu bukan saya.

"Saya tak tahu kenapa orang nak satukan gambar tu dengan gambar saya sedangkan itu bukan saya," ujarnya.

Dalam pada itu menerusi status permohonan maafnya di Instagtram sehingga Selasa mendapat lebih 164,000 tanda suka dan lebih 10,400 komen.

Namun antara komen menarik perhatian apabila aktor yang pernah dikaitkan menjadi kekasihnya iaitu Kamal Adli turut memberi kata-kata nasihat.

"Stay strong ya. Allah kan ada," tulis Kamal berserta emoji senyum dan tutup muka.

Namun nasihat itu tidak mendapat balasan Emma sebaliknya wanita itu meninggalkan komen kepada peminatnya.

Komen ditinggalkan Kamal itu turut mendapat tempias apabila ada netizen yang berharap semoga Kamal dijodohkan dengan wanita solehah.

Selain Emma, dunia hiburan turut dikejutkan dengan penyebaran foto memperlihatkan seorang wanita berambut pendek mirip pelakon Fathia Latiff sejak Ahad lalu.

Artikel Lain