suria

Karisma Jelajah Suria bakal gegarkan Angsana Mall, Johor Bahru Sabtu ini

Wany, Haqiem dan Sarah antara selebriti yang akan memeriahkan Karisma Jelajah Suria di Johor Bahru.

SELEPAS menghiburkan Shah Alam dan Kuantan, Karisma Jelajah Suria bakal berada di Angsana Mall, Johor Bahru dengan menampilkan beberapa artis popular tanah air pada Sabtu ini.

Barisan artis popular tanah air seperti Floor 88, Ara Johari, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Amir Masdi, Sarah Suhairi, Usop, Muna Shahirah, Zack Zakwan, Ariff Sany, Poey Sting dan Tuah Adzmi bakal menggegarkan pentas Plaza Angsana Mall minggu ini.

Menurut DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Kanan Suria, jelajah kali ini membuka ruang lebih besar untuk artis-artis baru bagi melebarkan sayap mereka dalam industri hiburan.

“Pembabitan artis baharu seperti Azarra Band, Muna Shahirah, Tuah Adzmi, Zack Zakwan dan Ariff Sany di Karisma Jelajah Suria kali ini diharapkan dapat membantu membuka ruang lebih luas kepada mereka untuk bertapak dalam industri hiburan. Seiring dengan misi Suria dalam menyiarkan lagu-lagu baru dan lama untuk pendengar setia Suria,” katanya.

Karisma Jelajah Suria bakal menemui peminat di Plaza Angsana Mall, Johor.

Turut memeriahkan pentas jelajah ialah penyampai radio Suria, Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo dan Suraya.

Karisma Jelajah Suria sebelum ini berjaya mencatatkan lebih 18,000 jumlah tontonan di platform Facebook Suria.

Terdapat aktiviti menarik dengan hadiah eksklusif dan wang tunai boleh dimenangi pengunjung yang hadir menerusi pertandingan mewarna Kuntum dan pertandingan karaoke KiraOke Suria.

Untuk peminat dan pendengar yang tidak dapat hadirkan diri ke lokasi Karisma Jelajah Suria, Suria turut bersiaran secara langsung di radio menerusi kesemua frekuensi Suria dan juga ‘live update’ di media sosial Facebook dan Instagram Suria Malaysia.

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Selepas ini Karisma Jelajah Suria bakal temui peminat di Aman Sentral, Alor Setar, Kedah pada 28 September.

Karisma Jelajah Suria

Artikel Lain