“Alhamdulillah ada yang nak anak saya, kalau tak ada lagi pening” - Anak kedua Rosyam Nor selamat mendirikan rumah tangga - Hiburan | mStar

“Alhamdulillah ada yang nak anak saya, kalau tak ada lagi pening” - Anak kedua Rosyam Nor selamat mendirikan rumah tangga

Rosyam Nor sambut menantu lelaki kedua pada Jumaat.

PELAKON Datuk Rosyam Nor berkata dia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk mencari dan menentukan pasangan hidup masing-masing.

Menurut Rosyam, 52, anak-anak mempunyai hak dalam menentukan pasangan dan dia sebagai bapa meletakkan kepercayaan penuh atas pilihan mereka itu.

"Anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Teringat Isteri, Anak Selepas Diarahkan Lompat Dari Tingkat 7

ARTIKEL BERKAITAN: “Malas nak buat filem... tak laku” - Rosyam Nor pilih drama, bisnes pasar raya yang lebih untung

"Saya menguruskan dia sehinggalah dewasa dan mereka pula bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Alhamdulillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening," katanya kepada mStar.

Rosyam beri kebebasan anak-anak tentukan pasangan hidup.

Rosyam ditemui semasa tayangan perdana filem Motif yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Pelakon filem KL Gangster 2 ini dikurniakan lima anak perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.

Dalam perkembangan lain, Rosyam memberitahu anak keduanya iaitu Nur Anis, 26, selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati pada Jumaat.

Pelakon Bella Dally bergambar dengan pengantin, Anis dan suami, Hariz.

"Anak saya (Anis) bernikah hari ini (Jumaat) dan Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan pada Sabtu diikuti dengan majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan.

"Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat secara sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak berapa bagus,” ujarnya.

Sebelum ini nama Anis menjadi sebutan netizen apabila dia dikatakan menjadi orang tengah yang menyatukan pelakon Elfira Loy dan suami, Faris Anuar.

Rosyam Nor

Artikel Lain