suria

Lama terperap di rumah, polis Nilai cekup artis wanita positif dadah

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman mengesahkan penahanan seorang selebriti wanita berhubung kes penyalahgunaan dadah.

TAK serik-serik! Baru saja reda kontroversi kisah rumah tangga, pelakon seksi dan bermulut lantang buat hal lagi.

Kali ini melibatkan dadah pula apabila rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan diserbu polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, selebriti berkenaan ditahan dalam serbuan di sebuah rumah yang beralamat di Kampung Chalet, Nilai.

ARTIKEL BERKAITAN: Seludup dadah dalam permainan kanak-kanak, 3 suspek ditahan

"Dalam serbuan berkaitan, polis menahan seorang perempuan berusia 34 tahun.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan ujian saringan awal polis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Hasil ujian saringan yang dijalankan, suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya menerusi kenyataan media kepada mStar pada Selasa.

Suspek kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataannya diambil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5, 000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Sementara itu usaha mStar untuk mendapatkan reaksi seorang selebriti sensasi yang dipercayai menetap di Nilai tidak berhasil apabila dia tidak menjawab panggilan serta membalas mesej di aplikasi WhatsApp.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain