suria

Seludup dadah dalam permainan kanak-kanak, 3 suspek ditahan

Kata Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, polis mendapat makluman mengenai hal itu pada 2 Jun lalu.

POLIS menumpaskan satu sindiket dadah yang cuba mengeksport bahan terlarang itu dalam bungkusan mainan kanak-kanak.

Rampasan itu bernilai lebih RM40,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, polis mendapat makluman mengenai hal itu daripada seorang kakitangan perkhidmatan penghantaran barang pada 2 Jun lalu.

"Dia melihat ada sesuatu yang mencurigakan setelah dia mengimbas bungkusan itu. Polis dipanggil dan kami menjumpai sekitar 408.35 gram bahan yang disyaki heroin dalam empat kotak mainan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bungkusan itu sepatutnya akan dihantar ke luar negera," katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Berikutan penemuan itu, siri serbuan dilakukan sehingga membawa kepada penangkapan tiga suspek, berusia antara 24 dan 32 tahun.

Serbuan dilakukan di Batu 9, Bandar Damai Perdana, Jalan Kepong dan Taman Taming Jaya pada 2 Jun dan 3 Jun lalu.

"Secara keseluruhan, kami merampas sekitar 1.211 kilogram (kg) bahan yang disyaki sebagai heroin, 0.42 gram (syabu) dan (0.56 gram (ekstasi). Nilai anggaran semua dadah yang disita berharga RM42,455," katanya.

Tambahnya, kumpulan itu dibayar sekitar RM1,000 bagi setiap pakej yang dihantar, dengan sekurang-kurangnya 11 pakej seperti itu dikenal pasti. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain