suria

Jais semak SOP! Jenazah alami simptom seperti pesakit Covid-19 akan dikebumi ikut kaedah sama

Urusan pengembumian pesakit Covid-19 perlu dilakukan mengikut SOP yang ketat termasuk pemakaian PPE.

JABATAN Agama Islam Selangor (Jais) akan membuat semakan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah setelah mengambil kira kewujudan kes dimana terdapat pesakit yang meninggal dunia dengan kesan kecederaan hampir sama dengan pesakit Covid-19 walaupun keputusan ujian dijalankan terhadapnya negatif.

Berkongsi perkara ini dengan mStar, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata semakan terhadap SOP ini penting bagi mengelakkan kemungkinan penularan kes Covid-19 sewaktu pengurusan jenazah ini.

“Kita tahu sekarang ada varian baru yang mana mereka tak diagnosis sebagai pesakit Covid-19 (memandangkan keputusan swab test negatif) tapi dikenal pasti sebagai viral pneumonia. Mereka ini tak ada simptom dan bila buat ujian swab pun keputusan mereka negatif.

“Tapi kalau x-ray dada mereka, kecederaan yang mereka alami sama macam orang dijangkiti Covid-19,” katanya.

ARTIKLE BERKAITAN: "Tuanku sangat tak berkenan" - Sultan Selangor dukacita tindakan tanah kubur hanya utamakan jenazah kariah, pesakit bukan Covid-19

ARTIKLE BERKAITAN: Jais sedar ada kubur tolak jenazah pesakit Covid-19... beri alasan ‘kuota, utamakan kariah‘ - “Yang mati sekarang perlu diselesaikan”

Menurut portal Kesihatan WebMd, viral pneumonia berlaku disebabkan jangkitan virus pada paru-paru yang kebiasaannya disebabkan selesama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Sebilangan besar pesakit Covid-19 juga dikatakan mengalami gejala ringan atau sederhana seperti batuk, demam dan sesak nafas.


Mohd Shahzihan Ahmad berkata. semakan terhadap SOP ini penting bagi mengelakkan kemungkinan penularan kes Covid sewaktu pengurusan jenazah ini.

Namun mereka yang dijangkiti varian baharu ini akan mengalami radang paru-paru atau pnemonia yang teruk.

Kita tahu sekarang ada varian baharu yang mana mereka tak diagnosis sebagai pesakit Covid-19 (memandangkan keputusan swab test negatif) tapi sebagai viral pneumonia. Mereka ini tak ada simptom dan bila buat ujian swab pun keputusan mereka negatif.

- Datuk Mohd Shahzihan Ahmad

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan buruk, Shahzihan berkata arahan akan dikeluarkan melalui semakan SOP urusan jenazah Jais supaya semua jenazah yang didiagnosis sebagai viral pnemonia perlulah dikebumikan mengikut SOP sama seperti pesakit yang meninggal dunia disebabkan jangkitan covid-19.

"Kita tak nak kes ini dikendalikan dalam keadaan biasa sebab kita bimbang berlakunya penularan dekat kubur jadi kita akan perjelaskan semuanya supaya ahli keluarga dan ahli kubur bila dapat kes-kes dengan diagnosis yang sama, mereka ikut SOP yang sama dengan urusan jenazah Covid-19.

"InsyaAllah kita cuba teliti. Kita tak nak dalam keghairahan kita nak selamatkan orang, pastikan jenazah pesakit Covid-19 boleh dikebumi dengan segera dengan kerjasama tanah-tanah perkuburan yang kita minta terima jenazah-jenazah ini, dan tiba-tiba ada penularan baharu pula,” katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain