suria

"Tuanku sangat tak berkenan" - Sultan Selangor dukacita tindakan tanah kubur hanya utamakan jenazah kariah, pesakit bukan Covid-19

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan dengan tindakan pihak pengurusan sesetengah tanah perkuburan yang mengenakan syarat-syarat yang tidak berlandaskan hukum bagi urusan pengebumian.

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap tindakan pihak pengurusan sesetengah tanah perkuburan yang mengenakan syarat-syarat yang tidak berlandaskan hukum bagi urusan pengebumian.

Perkara itu disampaikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi mStar pada Khamis bagi mendapatkan maklum balas mengenai dakwaan ada sesetengah tanah kubur di negeri berkenaan hanya mengutamakan ahli kariah dan pesakit bukan Covid-19.

"Tuanku sangat tidak berkenan terutama sekali dalam keadaan sekarang (penularan Covid-19), masih ada yang nak tentukan syarat ahli kariah atau mesti penyakit biasa. Ini memang tak boleh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jais sedar ada kubur tolak jenazah pesakit Covid-19... beri alasan 'kuota, utamakan kariah' - "Yang mati sekarang perlu diselesaikan"

ARTIKEL BERKAITAN: "Pemikiran rimba apakah ini?" - Islam itu mudah! Ridhuan Tee terkilan isu pengurusan kubur utamakan kariah, tolak jenazah pesakit Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Kebumi mayat ikut 'office hours', perlu patuh kuota harian... jenazah pesakit Covid-19 lewat dikebumi lebih 24 jam - "Kita rayu sana sini, kubur keenam baru terima..."

Menurut Shahzihan tidak ada undang-undang yang mengatakan bahawa sesuatu tanah perkuburan itu perlu diutamakan kepada ahli kariah.

"Di mana mati dan bila kita mati itu rahsia. Dan syarat (pengurusan) jenazah adalah ianya mesti disegerakan," tambahnya.

Tuanku sangat tidak berkenan terutama sekali dalam keadaan sekarang (penularan Covid-19), masih ada yang nak tentukan syarat ahli kariah atau mesti penyakit biasa. Ini memang tak boleh

SHAHZIHAN

PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Baru-baru ini, mStar melaporkan isu kelewatan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Lembah Klang yang berlaku disebabkan penetapan kuota yang terhad bagi urusan pengebumian jenazah pesakit covid-19.

Tidak ada undang-undang mengatakan tanah perkuburan perlu mengutamakan ahli kariah - gambar hiasan foto SPJM

Sesetengah tanah perkuburan juga didakwa memilih untuk mengutamakan ahli kariahnya hingga mengakibatkan jenazah pesakit Covid-19 hanya dapat dikebumikan selepas lebih 24 jam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bercakap kepada mStar, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid mendakwa sesetengah tanah perkuburan mengehadkan hanya 10 jenazah untuk dikebumikan setiap hari di mana tiga daripadanya melibatkan kes Covid-19.

Selain itu pihaknya juga terpaksa akur dengan prosedur operasi standard (SOP) sewaktu tempoh lockdown yang hanya membenarkan urusan pengebumian dilakukan sehingga pukul 5 petang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain