suria

Malaysia catat 8,209 kes baharu Covid-19, Selangor lepasi 3,000 jangkitan harian!

Sebanyak 8,209 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Khamis.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 8,209 kes baharu, pada Khamis.

Ia menjadikan keseluruhan 595,374 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 83,331 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik semula... Covid-19 catat 7,703 jangkitan baharu di seluruh negara, rekod tertinggi 126 kematian

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,125 kes, diikuti Kuala Lumpur (801), Johor (752), Sarawak (594) dan Negeri Sembilan (576).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 103 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,096 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 7,049 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 508,947 kes.

"Sehingga kini, terdapat 880 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 446 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain