suria

Naik semula... Covid-19 catat 7,703 jangkitan baharu di seluruh negara, rekod tertinggi 126 kematian

Sebanyak 7,703 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Rabu.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 7,703 kes baharu, menjadikan keseluruhan 587,165 kes setakat Rabu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 82,274 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 7,703 kes baharu yang dilaporkan, 7,701 kes merupakan penularan tempatan dan baki dua kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia rekod 7,105 jangkitan baharu, Selangor kekal catat jumlah kes harian tertinggi

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,728 kes, diikuti Kuala Lumpur (701), Sarawak (588) dan Negeri Sembilan (586).

Putrajaya pula merekodkan satu kes pada hari ini, manakala Perlis dengan tujuh kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 126 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,993 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 5,777 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 501,898 kes.

"Sehingga kini, terdapat 878 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 441 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain