suria

Covid-19: Wanita berusia 27 tahun hidap asma antara enam kes kematian di Sarawak

Sarawak merekodkan enam kes kematian termasuk seorang wanita berusia 27 tahun pada Selasa. Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 27 tahun adalah antara enam kes kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan di Sarawak pada 1 Jun.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata pesakit wanita tersebut merupakan penghidap asma, mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana batuk dan kesukaran bernafas sebelum ujian yang dilakukan mendapati mangsa positif Covid-19 pada 29 Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pesakit paling muda, dia datang lewat” - Dr Noor Hisham dedah majoriti pesakit Covid-19 ke hospital pada kategori 1 dan 2

"Kes itu dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lebih lanjut. Keadaannya makin teruk dan dia meninggal dunia pada 31 Mei," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Lima kes kematian yang lain adalah melibatkan pesakit lelaki berusia 65 hingga 77 tahun.

Setakat ini Sarawak merekodkan 300 angka kematian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jawatankuasa itu juga memaklumkan Sarawak mencatatkan 703 kes baru pada Selasa, dengan 458 atau 65 peratus di daerah Kuching, Bintulu dan Miri.

Manakala 28 daerah lain merekodkan antara satu hingga 40 kes baharu, dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sarawak kini menjadi 48,032.

Satu kluster baharu di tempat kerja dikenal pasti yang melibatkan pekerja di sebuah outlet makanan dan hiburan di Jalan Haji Lampam, Miri.

Kluster Jalan Haji Lampam kini mencatatkan 22 kes positif daripada 121 individu yang disaring.

Kluster Pondok di Belaga, kluster Jalan Sebuah-Bintulu dan kluster Batu 25 sudah diisytiharkan tamat, menjadikan sebanyak 80 kluster yang masih aktif di negeri ini. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain