suria

Kanak-kanak bawah umur 12 tahun perlu duduk rumah kecuali dengan 3 alasan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Foto: Bernama

SEPANJANG tempoh 'total lockdown' semua kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan berada di tempat awam atau fasiliti lain, kecuali atas tiga alasan- kecemasan, rawatan, pendidikan atau latihan, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Di bawah prosedur operasi standard (SOP) kesihatan awam di laman web MKN, dinyatakan bahawa semua kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dilarang berkeliaran di luar, kecuali tiga alasan berkenaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Isnin berkata rakyat Malaysia harus lebih prihatin, kerana sebanyak 82,341 kes jangkitan Covid-19 di negara ini melibatkan bayi dan kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan orang dewasa sahaja, kanak-kanak pun perlu diajar cegah Covid-19

Angka membimbangkan itu didedahkan oleh Dr Adham, yang memaklumkan dari jumlah itu, sebanyak 19,851 kes melibatkan kanak-kanak berusia bawah empat tahun; 8,237 kes (lima hingga enam); 26,851 (tujuh hingga 12) dan 27,402 (13 hingga 17) dan mereka adalah pesakit Covid-19 dalam kategori 1,2 dan 3.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dr Adham menasihati ibu bapa atau penjaga untuk lebih bertanggungjawab melindungi anak-anak daripada dijangkiti dan ini termasuk tidak membawa mereka ke tempat yang sesak.

Menurutnya, walaupun tidak ada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membenarkan notis kompaun dikeluarkan kepada ibu bapa yang membawa anak-anak ke tempat sesak, kertas siasatan boleh dibuka. - The Star Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain