Bukan orang dewasa sahaja, kanak-kanak pun perlu diajar cegah Covid-19

Melindungi dan memastikan langkah pencegahan dan kawalan diambil bagi melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab semua.

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini  mengisytiharkan situasi penularan Covid-19 sebagai pandemik dengan mengambil kira peningkatan kes secara mendadak di seluruh dunia.

Dalam tempoh dua minggu yang lalu, fokus penularan Covid-19 berubah dari negara China ke seluruh dunia.

Jumlah kes melonjak sehingga kini melebihi 180,000 dan jumlah kematian melebihi 7,000 orang melibatkan 162 buah negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian pemilik darah A! Anda lebih berisiko dijangkiti Covid-19

Kajian dari negara China yang melibatkan 44,000 kes positif, melaporkan kurang dari satu peratus kes adalah dari kalangan kanak-kanak yang berumur bawah 10 tahun.

Mengapakah kadar jangkitan ini kecil atau kurang dalam kalangan kanak-kanak? Mengapakah kelakuan virus SARS-COV-2 ini berbeza dari virus lain seperti seasonal influenza yang mana keterukan penyakit jangkitan pernafasan melibatkan dua golongan iaitu kanak-kanak dan warga emas?

Ini disebabkan oleh sistem imun kanak-kanak yang masih belum membangun dan sistem imun warga emas yang semakin lemah.

Pergaulan kanak-kanak juga perlu dipantau.

Tetapi bagi Covid -19 lain pula gambarannya. Pelbagai teori diketengahkan, tetapi hingga kini sebab sebenar masih belum dapat dikenal pasti.

Covid 19, satu penyakit novel - penyakit baharu yang dunia tidak pernah kenali sebelum ini. Walaubagaimanapun, kanak-kanak masih boleh dijangkiti Covid-19.

Simptom Covid-19 yang ditunjukkan oleh kanak-kanak

Simptomnya adalah sama pada kanak-kanak dan orang dewasa - demam, batuk dan sukar bernafas, tetapi dalam kalangan kanak-kanak, simptom secara amnya ringan.

Langkah melindungi dan mencegah kanak-kanak daripada dijangkiti Covid-19:

*Pastikan mereka kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer

*Pastikan mereka menutup mulut dengan etika yang betul apabila bersin atau batuk, atau dengan menggunakan tisu dan membuang tisu tersebut ke dalam tong sampah. Kemudian cuci tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer

*Pastikan mereka menjauhkan tangan dari muka

*Elakkan anak-anak daripada bersalaman dengan orang lain. Jauhkan mereka daripada orang yang sakit. Ibu bapa dan anak-anak juga harus memastikan pemakanan yang diambil seimbang, yang dimasak cukup kandungan karbohidrat, protein, lemak, serat dan vitamin serta galian.

*Minumlah air masak yang mencukupi bagi mengekalkan status kesihatan. Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai terutamanya pada waktu cuti sekolah ini - amalkan social distancing (atau menjarakkan hubungan sosial).

*Rancang aktiviti untuk anak-anak di rumah.

*Melindungi dan memastikan langkah pencegahan dan kawalan diambil bagi melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab semua.

Elakkan juga anak-anak anda bermain di kawasan permainan.

Amalan social distancing amat penting untuk mengurangkan kadar penularan pandemik Covid-19.

Kadar penularan pandemik Covid-19 dapat dikurangkan dengan cara melewatkan puncak epidemik, mengecilkan saiz puncak epidemik dan memanjangkan tempoh penularan kes agar bebanan terhadap sistem kesihatan dikurangkan.

Sekiranya langkah-langkah ini diabaikan, ia akan memburukkan lagi penularan wabak. Kejayaan pendekatan social distancing bergantung kepada penglibatan semua individu dalam masyarakat.

Artikel ini ditulis oleh pakar-pakar berikut daripada Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. 

Prof Dr Noran Naqiah Hairi adalah Pakar Perubatan Kesihatan Awam & Pakar Epidemiologi, Prof Madya Dr Farizah Mohd Hairi , Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Prof Madya Dr Hazreen Abdul Majid , Pakar Perunding Diet dan Makanan.


Covid-19, kanak-kanak, sosial, cegah

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain