Kekuatan mental penting ketika hadapi Covid-19, paling utama jangan panik! - Famili | mStar

Kekuatan mental penting ketika hadapi Covid-19, paling utama jangan panik!

Petugas kesihatan dan orang awam perlu sentiasa positif menghadapi penularan Covid-19.

SELAIN langkah-langkah kebersihan fizikal ketika berdepan Covid-19, mental juga perlu kuat bagi menghadapi wabak yang membimbangkan ini.

Tidak dinafikan pasti akan timbul tekanan dan kebimbangan dalam diri masing-masing sekaligus merosakkan motivasi dan fikiran kita.

Bagi mengurangkan keadaan itu, pengambilan makanan dan penjagaan diri amat penting kerana ia berkait rapat dengan emosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna pengering tangan, topeng muka tak bermakna anda bebas Covid-19, ketahui 10 mitos wabak ini

Susulan itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan beberapa garis panduan mengenai apa yang harus anda lakukan ketika berdepan dengan situasi ini.

Paling penting, jangan panik kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

Selain kebersihan persekitaran, persediaan mental juga memainkan peranan penting menghadapi Covid-19.

Orang awam

Penularan Covid-19 di seluruh dunia tidak dinafikan telah menjejaskan banyak perkara.

WHO juga mencadangkan supaya individu yang lemah supaya mengehadkan menonton, membaca dan mendengar berita yang boleh membuat anda berasa lebih cemas dan tertekan.

Pertubuhan itu juga mahu semua orang mesti mencari maklumat dari sumber yang boleh dipercayai sahaja.

Perkara utama adalah bukan sahaja perlu melindungi diri sendiri, tetapi juga orang lain.

Pekerja penjagaan kesihatan

Mereka yang bekerja dalam industri penjagaan kesihatan mungkin berada dalam keadaan tertekan.

Sehubungan itu, adalah penting untuk menjaga diri dan kesihatan mental kerana ia sama penting dengan penjagaan fizikal anda.

Semua orang perlu mengambil tanggungjawab bersama dalam menghadapi situasi Covid-19.

"Cuba dan gunakan strategi pengendalian yang berguna seperti memastikan rehat dan tidur yang mencukupi dalam tempoh itu, pengambilan makanan sihat dan berhubung sentiasa dengan keluarga dan rakan-rakan.

"Kekal berhubung dengan orang yang tersayang secara digital adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan mental juga," kata pertubuhan itu.

Kanak-kanak

WHO mengatakan bahawa adalah penting memberitahu situasi sebenar dalam nada yang positif supaya tidak menimbulkan kebimbangan dalam diri mereka. Disyorkan juga supaya kanak-kanak dipantau rapat oleh keluarga dan penjaga.

Menurut laporan WHO pada 20 Mac, sebanyak 900 kes berlaku di Malaysia dengan tiga kematian menjadikan jumlah keseluruhan 242,830 orang melibatkan 170 negara.

Covid-19 , WHO , Mental , Kesihatan , Fizikal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain